Selasa, 23 November 2010

Usaha Mencari Juara Baru GAGAL!!

Setelah kecewa tidak dapat beraksi di dalam pertandingan bowling pada 22 November 2010, maka kami telah mengambil keputusan untuk 'repeat' semula hasrat kami pada 23 November 2010 di Ampang Bowl, Seremban Parade. Demi kepuasan pada petang itu kami telah memilih untuk beraksi dalam tiga game untuk memberikan ruang dan peluang kami menewaskan Acoy (suami saya) yang begitu sombong dengan kemenangannya sebelum ini.
.
Achik (anak Kak Ina) selaku pendatang baru juga mencuba nasib untuk menempatkan diri di kalangan yang terbaik. Nabila begitu juga bersama Dayah @ Darea yang mencuba pelbagai teknik dan cara untuk merampas kejuaraan. Saya pun samalah juga, manalah tahu nasib menyebelahi...
.
Akhirnya setelah tamat tiga permainan nyata usaha mencari juara baru GAGAL apabila sekali lagi Acoy mempertahankan kejuaraannya.
.
Kedudukan keseluruhan adalah seperti berikut:
.
1. Syamsul Amri (Acoy) : 158, 132, 167 = 457 mata
2. Dayah : 71, 94, 97 = 262 mata
3. Nabila : 67, 81, 61 = 209 mata
4. Noi/Yat : 64, 69, 67 = 200 mata
5. Achik : 15, 67, 33 = 115 mata
.
Dengan kedudukan ini cabaran masih lagi terbuka, dan kepada semua yang gagal cuba lagi di lain masa....
.
Achik ketika bersiap sedia membuat balingan
Danish ceria menyaksikan pertandingan berlangsung
Dzaqwan pun ceria....!
Dhafir dengan aksi tersendiri
Sudah tak sabar nampaknya!!!
Dzaqwan bergambar bersama Abahnya selaku juara
Saya ketika membuat lontaran pertama....
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: