Khamis, 18 November 2010

Bowling Family Kembali Lagi!!!!!

Bersempena berkumpulnya beberapa ahli keluarga di Panchor iaitu sempena Aidil Adha, maka berpakatlah beberapa ahli keluarga untuk mengadakan bowling keluarga di Ampang Bowl, Seremban Parade. Pertandingan kali ini merupakan misi merampas takhta kejuaraan bowling keluarga daripada suami saya, Acoy. Ternyata misi ini merupakan misi penting buat semua, namun hanya lima sahaja ahli yang mengesahkan untuk bertanding iaitu Acoy, Mak Usu, Induk, Pak Induk dan Afiq.
.
Manakala yang lain-lainya seolah-olah sudah mengaku kalah sejak awal lagi. Fadzly, Adik Piji dan Abang Iza kesemuanya menarik diri di saat akhir.
.
Akhirnya pertandingan dijalankan juga pada jam 3.00 petang, 17 November 2010. Akhirnya sekali lagi Acoy dinobatkan selaku juara keseluruhan, meskipun Pak Induk dan Induk berjaya memenangi game yang ketiga. Namun kemenangan tersebut hanya membantu memperbaiki kedudukan kedua-dua mereka secara keseluruhannya.
.
Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan:
.
1. Acoy 122, 156, 121 = 399 jatuhan pin
2. Pak Induk 95, 128, 145 = 368 jatuhan pin
3. Induk 100, 88, 124 = 312 jatuhan pin
4. Mak Usu 102, 80, 81 = 263 jatuhan pin
5. Afiq 56, 97, 76 = 229 jatuhan pin
.
Berikut dikogsikan beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika pertandingan berlangsung. (Gambar dirakamkan menerusi Camera Canon EOS 1000D baru. Nak beli macam Farid ngan Baby tak mampu!!)
.
Dhafir dan Danish menikmati Vitagen
Leka mengerjakan vitagen
Mak Usu ceria dalam misi memburu kejuaraan
Serius mencongak startegi nak mengalahkan Acoy...
"Mampukah aku mempertahankan kejuaraan????"
Afiq massage dulu sebelum start bowling
Mak Usu pun sama...
Syok nampaknya....
Tak habis lagi ke, vitagen tuh!
Bersiap sedia memulakan pertandingan
Induk selaku pencabar utama... agaknyalahhh...
Iqbal yang turut sama menyaksikan pertandingan ini
Bersiap dengan kasut masing-masing

Mak Usu sempat bergambar bersama Danish & DhafirBersedia...
Memulakan balingan pertama
Mak Usu bersiap sedia membuat balingan... Bersedia dengan bola
Penuh gaya...
Seperti pemain kebangsaan adanya....Aik... apasal banyak lagi tegaknya pin tu!
Pak Induk pula...
Menguja dan meletakkan target dengan tenang...
Bersedia membuat lontaran....
Nampak ada harapan!
Afiq pulak...
Gaya tak ingat punya!!!Alamak, longkanglah pulak...
.
Apapun tahniah buat semua, kepada yang gagal jangan risau, masa Family Day nanti boleh repeat balik!!!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: