Ahad, 7 November 2010

Hantar Kakak (Kembar) Ke Muar

Pada 7 November 2010, kira-kira jam 2.30 petang, suami saya bersama ibu mertua saya dan anak sulung kami, Danish telah menghantar adik ipar saya iaitu Kakak Kembar untuk ke Muar bagi menjalani latihan praktikal kejururawatan. Sistem pembelajaran di kolejnya di Kolej Nightingale memang sedemikian di mana pada setiap semester sebaik sahaja tamat semester akan ada latihan praktikalnya. Begitulah adanya bagi tempoh tiga tahun. Pada semester lepas beliau telah pun menjalani latihan praktikalnya di Hospital Kluang, Johor namun pada semester ini di Hospital Kluang pula.
.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika berada di tempat penginapan kakak di Kondominium Ruby di Muar dan begitu juga gambar ketika berhenti rehat di Hentian Rehat Ayer Keroh ketika perjalanan balik ke Seremban.
.
Suasana di Kondiminium Ruby, Muar, Johor Darul Takzim
.
Danish bergambar di atas katil yang diletakkan di ruang tamu
Bilik air luar
Keadaan dapur
Inilah bilik Kakak
Sauasana di ruang tamu
Pemandangan di luar kondominium
Ibu Mertua saya dan Danish bersiap untuk pulang sebaik selesai menghantar Kakak dan barang-barang
.
Suasana di Hentian Rehat Ayer Keroh
. Danish ketika menanti Abahnya solat Asar

Pemandangan Landskap di Surau R& R Ayer Keroh

Sempat bermain seketika
Gambar ketika di taman permainan mini

Dah penat, rehat sambil minum air soya

Muka lepas minum...
.
Ini pulak selepas tiba di Seremban, kami sekeluarga keluar ke Senawang sekejap nak cari barang. Suami saya yang kepenatan tetap meluangkan masa membawa anak-anak kami keluar
.
Dzaqwan leka bermain
Dhafir pun sama...
Inilah hero-hero kami yang berada dalam keadaan terkawal di bawah seliaan abahnya
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: