Khamis, 11 November 2010

Program Konvokesyen TBK KEMAS Panchor 2010

10 November 2010, Seremban : Satu Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah, Tabika KEMAS (Konvokesyen) Panchor telah diadakan pada 10/11/2010 bertempat di Star Fresh Agro Park, Jalan Kuala Pilah. Program ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Tabika KEMAS Panchor. Program ini telah dijalankan dengan cukup meriahnya demi untuk meraikan 28 pelajar Tabika KEMAS Panchor yang bakal menamatkan pengajian bagi tahuan 2010 ini.
.
YBhg Ustaz Nasuludin, Imam Surau An-Nur telah pun hadir membacakan doa pembukaan bagi program ini. Diikuti dengan nanyian lagu Negaraku, Tabika KEMAS dan lagu KEMAS yang dinyanyikan oleh para pelajar Tabika KEMAS Panchor.
.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan nyanyian serta tarian endang dan tarian enjit-enjit semut oleh para pelajar Tabika KEMAS Panchor.
.
Seterusnya Sdr Syamsul, Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor telah tampil bagi menyampaikan alu-aluan diikuti ucapan oleh wakil KEMAS Parlimen Seremban iaitu Pn. Ismayati.
.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Tuan Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor selaku wakil kepada YB Tuan Mustafa Salim, ADUN Lenggeng yang tidak dapat hadir.
.
Turut hadir ke majlis ini adalah Tuan Hj Safiei @ Safain Mohd Amin, Pengerusi JKKK Kg Panchor.
.
Tn Hj Hasan Sulan kemudiannya telah sudi menyampaikan cenderahati dan sijil kepada semua pelajar bagi sesi 2010 ini.
.
Tahniah diucapkan buat semua Jawatankuasa Tabika KEMAS yang telah berjaya melaksanakan program ini pada tahun ini dengan jayanya.
.
Hadiah dan cenderahati untuk pelajar yang telah siap tersediaBouquet buah untuk VVIP yang juga telah tersediaSdr Syamsul, Pengerusi KEMAS ketika menyampaikan ucapan alu-aluan
Pn Ismayati selaku wakil KEMAS ketika menyampaikan ucapan
Kanak-kanak ketika bersedia untuk menerima hadiah
Kelihatan comel dengan jubah masing-masing
Tn Hj Safiei (Pengerusi JKKK) dan En Abd Manaf (Setiusaha JKKK) ketika mendengar ucapan perasmianTn Hj Hasan Sulan (Ketua UMNO Cawangan Panchor) ketika menyampaikan sijil dan cenderahati kepada para pelajar
Sdr Syamsul menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Hasan
Suasana rancak berbual ketika sesi jamuan berlangsung
Sdr Syamsul mengiringi Ustaz Nasuludin ketika beredar pulang sebaik sahaja selesai program
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
.
.
.
* Sila lihat folder seterusnya bagi melihat koleksi gambar keseluruhan program.

Tiada ulasan: