Ahad, 10 Mac 2013

Kenduri Kahwin Anak Mak Long Hasnah, Meru, Klang


9 Mac 2013, Klang : Majlis Perkahwinan Anak Mak Long Hasnah di Meru, Klang iaitu Hafiz Hafifi dan pasangannya Hidayah. Majlis Perkahwinan telah dilangsungkan pada 9 dan 10 Mac 2013. Suami saya Syamsul Amri, Ibu Mertua saya, dan Mak Long Samsiah telah hadir ke sana selaku wakil keluarga Rais hadir pada 9 Mac 2013 di sebelah malam.

Mereka tiba di sana kira-kira jam 8.30 malam dan berada di sana hingga ke jam 10.00 malam. Seperti kebiasaannyalah majlis kenduri masyarakat Jawa ini memanglah meriah.

Sempat jugalah suami saya merakamkan gambar-gambar ketika berada di sana. Jom sama-sama kita saksikan!


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)