Selasa, 26 Oktober 2010

Jom Makan Lagi di Star Fresh Agro Park!!!!

3 November 2010, Seremban : Sekali lagi kami menjamu selera di Star Fresh Agro Park, Jalan Kuala Pilah. Seperti biasa, saya, suami dan kesemua anak-anak kami makan malam kat sana. Bukan apa, teragak nak makan kat sana. Last kami makan kat sana adalah pada bulan puasa yang lepas.
.
Nasib baik suami tersayang belanja. Kebetulan saja nak ubah selera makan, so kami makan kat sana. Macam biasa, kami 'order' makanan favourite kami iaitu Prawn Butter, Chicken Cheese dan Sizzling Toufu. Memang sedap laa. So, kepada yang belum cuba, dinasihatkan pergi lah ke sana. Makanannya memang best dan enak!
.
Dhafir ketika menanti makanan tiba
Dzaqwan yang ceria
Dzaqwan yang tak reti duduk diam nak berjalan je
Saya dan Dhafir
Suami saya dan Danish
Dzaqwan yang tak senang duduk di kerusi khas nya
Tapi adakalanya ceria bila nampak sesuatu yang menarik hatinya
Cuba mencapai kamera
Meronta mintak dilepaskan
Prawn Butter
Sizzling ToufuChicken Cheese
Dhafir ketika makan
Danish pun turut leka dengan hidangannya
Saya yang sedang menikmati kelazatan hidangan di Star Fresh ini...
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Kembara Pangkor 2010 : Ketibaan di Pulau Pangkor

Satu Bengkel Perlaksanaan Operasi Sitaan mengikut Seksyen 147, 148 dan 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah diadakan pada 20 Oktober 2010 hingga 22 Oktober 2010 bertempat di Coral Bay Resort, Pulang Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Firma Guaman, Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co.
.
Perjalanan bermula kira-kira jam 10.30 pagi dari Nilai. Saya memandu sendiri kereta saya daripada Nilai hingga ke Lumut. Kami hanya singgah sebentar di Kuala Selangor kerana Aziz (suami Ruhi) ingin mengisi minyak keretanya di sana. Kami tiba di Jeti di Lumut kira-kira jam 3.00 petang.
.
Yang turut sama menyertai kursus ini adalah saya, Mazlan (penguatkuasa), Hasnor (penguatkuasa), Halim (penguatkuasa), Ruhiyati (Pengarah Kewangan MPN), Sazira (Penolong Akauntan MPN), Anizah (Pembantu Penilaian MPN) dan Sazalina (Pembantu Penilaian MPN).
.
Kursus / Bengkel ini benar-benar menarik perhatian memandangkan ia berkait rapat dengan tindakan dan perlaksanaan penguatkuasaan cukai taksiran di PBT masing-masing.
.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta, secara keseluruhannya ialah:
.
1. En. Nazri Aznan (MP Manjung)
2. En. Md Hazmi Hj Shahari (MP Kuala Kangsar)
3. En. Zainal Abidin Shaari (MP Kuala Kangsar)
4. En. Mohd Taqiudin Azizan (MD Pengkalan Hulu)
5. En. Ahmad Sarizi Ismail (MD Pengkalan Hulu)
6. En. Abdul Hamid Abdullah (MD Kerian)
7. En. Hanafi Osman (MD Kerian)
8. En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (MP Nilai)
9. En. Hasnor Effendi Amirullah (MP Nilai)
10. En. Mazlan Muhammad (MP Nilai)
11. Pn Ruhiyati Idayu Mohd Jali (MP Nilai)
12. Pn Nor Sazira Md Sawal (MP Nilai)
13. Pn Aniza A. Jabbar (MP Nilai)
14. Pn Nor Sazalina Mohd Zain (MP Nilai)
15. En. Abd Halim bin Abu Bakar (MP Nilai)
16. En. Hishamudin Ismail (MD Kuala Langat)
17. Pn. Norhasnizah Hj Hassan (MD Kuala Langat)
18. Pn. Nur Qurshiah Azhari (MD Kuala Langat)
19. Cik Maznah Muridan (MD Kuala Langat)
20. En. Mohd Amry bin Rakiman (MD Kuala Langat)
21. En. Mohd Effendy Faidin (MD Kuala Pilah)
22. En. Mohd Rizal Mohd Nor (MD Kuala Pilah)
.

Setibanya di Lumut, kami singgah sebentar untuk makan

Mazlan termenung sebaik sahaja selesai merokokSaya ketika selepas selesai makan
Hasnor dan isteri melayan anak mereka, Rayyan
Suasana santai selepas penat berjam-jam dalam kereta
Terpancar wajah yang kepenatan
Ini pulak suasana ketika dalam Feri
Ini suasana ketika di dalam van menuju ke Coral Bay Resort
Halim dan Mazlan
Hasnor dengan pelbagai gaya mengambil gambar
Suasana dirakamkan dari tempat duduk hadapan
Hasnor ketika di lobi Hotel
Sebaik sahaja selesai pendaftaran semua bergegas menuju bilik masing-masing

Ini beberapa gambar yang dirakamkan dari dalam bilik










.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Kembara Pangkor 2010 : Hari Kursus

Setelah penat berkursus pada 20 dan 21 Oktober 2010, saya telah memohon urusetia membenarkan agar kelas dihabiskan pada sebelah siang kerana pada sebelah malam kami semua bercadang untuk bersiar-siar di sekitar Coral Bay Resort. Alhamdulillah permintaan kami telah diperkenankan. Apa lagi secara ber'jemaah' kami bersiar-siar di kawasan persekitaran.
.
Tak adalah apa-apa yang menarik sangat, tapi kami sempatlah berjalan sampai ke Resort bersebelahan menikmati suasana serta dapat jugalah menonton 'band' yang kebetulan membuat persembahan.
.
Almaklumlah malam last. Sebab esoknya hari terakhir kursus, so malam ni bolehlah relaks-relaks, jalan-jalan..... walaupun tak ada apa-apa pun sebenarnya...
.
Di pintu masuk Puteri Bayu Beach Resort
Bergambar beramai-ramai
Gambar kenangan di bukan Hotel penginapan sendiri!!
Lagi gambar dirakamkan
Suasana keesokan hari sebaik sahaja kursus bersambung

Mr Anand memberikan penerangan
Para peserta mendengar dengan fokusMr Anand memberi penerangan dengan cukup jelas dan terang
Saya ketika menerima sijil ketika majlis penutup program

Giliran Ruhi pula menerima sijil
Aniza daripada Jabatan Penilaian MPN
Sazira daripada Jabatan Perbendaharaan MPN
Sazalina daripada Jabatan Penilaian MPN
Cik Maznah dari MD Kuala Langat
Pn Nur Qurshiah daripada MPD Kuala Langat
Mohd Amry Rakiman dari MD Kuala LangatPn Norhasnizah Hassan juga daripada MD Kuala Langat
Ruhi gembira sebaik sahaja tamat kursus
Bergambar kenangan di perkarangan Coral Bay Resort, Pangkor
Lagi gambar kenangan. Dari kiri: Halim, Hasnor, Rayyan (didukung), Asamahana (Isteri Hasnor), Ruhiyati Idayu, Aziz, Nazri Aznan (MP Manjung), Effendy Saidin (MD Kuala Pilah), Rizal (MD Kuala Pilah) dan Mazlan Muhammad.
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)