Isnin, 15 November 2010

Sukan Tabika KEMAS Panchor 2010 : Berita Bergambar

15 November 2010, Seremban : Satu program Sukan Tabika KEMAS Panchor 2010 telah diadakan bertempat di Padang Awam Panchor. Program sukan ini merupakan satu program anjuran Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor yang diketuai oleh Tabika KEMAS Panchor. Program ini diadakan bagi melengkapkan aktiviti tahun 2010 sebelum kanak-kanak tabika menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2010. Program ini telah diadakan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan dihadiri oleh kesemua ibu bapa, kanak-kanak Tabika KEMAS serta masyarakat setempat. Program ini ttelah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Ali Majid, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban.
.
Program ini melibatkan beberapa acara berpasukan, di antaranya :
.
1. Lari kepit bawa bola
2. Lari bawa bola dengan gelung
3. Lari bawa bola ping pong dalam sudu
4. Lumba keretapi baling buah dadu; dan
5. Lari bawa gelung.
.
Manakala bagi acara individu pula, acara berikut dipertandingkan :
.
1. Lari terus
2. Susun puzzle
3. Tiup belon sampai pecah; dan
4. Rebut gula-gula
.
Acara ini telah turut dihadiri oleh Tn Hj Safiei @ Safain Mohd Amin, Pengerusi JKKK Kg Panchor. Program ini diserikan lagi di atas kesudian Tn Hj Ali Majid, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban menyaksikan acara-acara yang dilangsungkan. Kedua-dua jemputan ini juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada para pemenang.
.
Tn Hj Safiei yang hadir juga sebenarnya telah menyumbangkan khemah bagi perlaksanaan program ini.
.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor, Sdr Syamsul, "Program ini boleh dikatakan berjaya, dengan kemeriahan yang dapat kita lihat di sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih di atas usaha yang dijalankan oleh pihak Jawatankuasa, terutamanya Pn Maimunah (Cikgu Tabika KEMAS) diatas inisiatif dan idea sehingga terlaksananya program ini. Dan, apa yang lebih penting lagi hari ini ialah, kita dapat melihat keceriaan serta kegembiraan kanak-kanak yang bertanding. Saya benar-benar berharap agar aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang".
.
Program ini telah berakhir pada jam 12.00 tengahari di mana Pasukan Kuning telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan manakala pasukan Biru di tempat kedua dan Pasukan Merah di tempat ketiga.
.
Tahniah kepada yang berjaya serta tahniah buat penganjur yang telah berjaya menganjurkan program ini.
. Tn Hj Safiei menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Tn Hj Ali Majid turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Gambar kenangan yang dirakamkan oleh kesemua yang hadir melibatkan Jawatankuasa, Ibu bapa dan kanak-kanak Tabika KEMAS Panchor 2010
.
.
.
Dipetik daripada : Blog ketuapeneranganumno.blogspot.com

Tiada ulasan: