Ahad, 12 Jun 2011

Rombongan Menghantar Induk Sham ke Puchong

11 Jun 2011, Puchong : Setelah berhempas pulas kenduri pada minggu lepas, pada minggu ini tiba pula giliran untuk menghantar Induk Sham ke rumah pengantin lelaki. Rombongan telah tiba sejak jam 10.00 pagi lagi di rumah Andak Iton di Puchong Perdana. Rumah pengantin lelaki di Puchong Prima hanya memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja dari rumah Andak Iton. So, kami tiba di rumah Andak Iton kira-kira jam 11.30 pagi. Di sana, kami telah sempat menikmati minuman pagi dengan pelbagai hidangan ringkas seperti ubi rebus, sira ubi dan lain-lain lagi.

Selepas selesai minum, berbual-bual dan bersiap-siap, maka lebih kurang jam 12.15 tengahari kami mulalah bergerak menuju ke rumah pihak pengantin lelaki.

Semua saudara-mara telah pun siap sedia berkumpul di sana semasa kami tiba. Meriahlah rumah Andak Iton dengan pelbagai karenah dan gelagat. So, sempat jugalah gambar-gambar dirakamkan semasa di sana. Kepada semua pembaca dan pengikut blog ini, bolehlah saksikan gambar-gambar di dalam folder ini dan folder-folder berikutnya. Terima kasih kerana sudi mengikuti blog keluarga ini.

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Perjalanan Menuju Ke Rumah Pengantin Lelaki

Setibanya di luar pangsapuri di kawasan Puchong Prima, di mana rumah Pengantin Lelaki tinggal, kami semua telah meletakkan kenderaan di luar memandangkan pangsapuri ini dilengkapi dengan sistem security yang agak ketat. Justeru mahu tak mahu, kami berjalan kaki menuju ke rumah pihak pengantin lelaki. Namun, tidaklah jauh sangat, cuma cuaca yang agak panas sedikit. Ini semua langsung tidak menghalang kemeriahan kesemua ahli rombongan yang menghantar untuk menyempurnakan majlis ini. Dan Alhamdulillah, rumahnya tidaklah tinggi sangat, cuma naik tingkat 1 sahaja.

Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa kami semua berjalan kaki menuju ke rumah pihak pengantin lelaki.

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Di Rumah Pengantin Lelaki di Puchong Prima

Setibanya kali di rumah pengantin lelaki di sebuah pangsapuri di Puchong Prima, kami tidak menunggu lama sebelum kami dijemput untuk menikmati selera. Hidangan yang disediakan memang menyelerakan. Ayam masak merahnya sedap, kari dagingnya pun lembut dan enak, ditambah pula dengan ulam-ulaman serta sambal belacan. Lauk hati dan pedal campur sayur kacang pun tidak kurang hebatnya! Dan tidak dilupakan juga sosej sebagai iringan. Memang menyelerakan. Dengarnya menu ini semuanya disiapkan oleh kakak pengantin lelaki.

Memang bestlah! Itu je yang dapat digambarkan. Jom kita tengok gambar!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)