Rabu, 8 April 2009

Danish ke Zoo Taiping!!

Pada 31 Mac 2009 yang lalu, kebetulan pada ketika itu saya tidak terlibat dengan mana-mana program, maka saya telah membawa Danish melawat ke Zoo Taiping. Ini merupakan pengalaman pertama Danish ke Zoo. Jangankan Danish, bagi saya pula, ini juga merupakan kali pertama saya ke Zoo Taiping. Lawatan ini turut disertai oleh ibu saya dan Wan saya.

Maaflah jika ada beberapa visual yang dipaparkan dibawah ini yang agak kurang memuaskan memandangkan ia diambil ketika train yang membawa kami sedang bergerak ketika gambar dirakamkan! So, selamat menonton!
Danish bergaya di rumah Pak Tam sebelum memulakan perjalanan ke Zoo Taiping
Danish dengan cermin mata Apang!
Di Zoo Taiping, Danish bergambar sebelum train tiba.
Danish mula resah gelisah menanti train tiba.
Train yang dinanti telah tiba!
Saya dan Danish bergambar
Kelihatan ibu saya di belakang dan pengunjung-pengunjung lain

Ular sawa
Ungka Tangan Putih
Buaya Julung-Julung
Kancil
Napuh
Rusa
Babi Putih
Singa
Beruang
Rusa
Orang Utan
Burung Kakak Tua
Train kami telah ditahan oleh sekumpulan kakitangan Jabatan Pelajaran yang berkursus di sana dan dipaksa mendengar mereka bersajak. Kami juga diminta memberikan markah kepada kumpulan mereka. Kelihatan di dalam gambar Danish yang turut sama mendengar mereka bersajak.
Sajak dari kumpulan yang diberi nama "hidung"



Burung Bangau
Burung Savana Afrika
Kuda Belang, dan Burung Unta

Zirafah


Harimau
Harimau Bintang
Burung Kasawari
Angsa Putih Swan


Badak Sumbu
Seladang
Tapir
Badak Air (Dalam Air, tak nampak!)
Gajah


Danish bergambar di hadapan train
Danish bergambar bersama wan dan moyangnya!!

- Disediakan oleh Acoy -

Penginapan di Bukit Merah

Pada 29 April 2009 yang lalu, saya telah pergi ke Perak bagi menjalankan tanggungjawab saya selaku penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia. Saya ke sana bagi membantu jentera Pilihanraya bagi Pertandingan 2 penjuru di P059 Parlimen Bukit Gantang antara calon Barisan Nasional dan calon PAS.

Pada 29 Mac hinggalah ke 1 April saya telah menginap di rumah Pak Ngah dan Pak Tam di Bagan Serai, Perak, kerana kebetulan, ibu saya dan anak saya Danish pun turut serta ke sana bagi menghantar wan ke Perak. Kemudian pada 2 April 2009, ibu saya dan anak saya Danish berlepas pulang dahulu ke Seremban dengan menaiki bas KKKL, maka saya telah menginap di Bukit Merah, Lake Town Resort.

Berikut saya kongsikan pemandangan serta kemudahan bilik yang telah disediakan oleh Biro Penerangan UMNO Malaysia untuk saya.











- Disediakan oleh - Acoy-