Sebaik sahaja selesai menghadiri kenduri kahwin Fazilah dan Hanizan di Pancor, kami sekeluarga bersama dengan sepupu-sepupu suami saya iaitu Along (anak Mak Long) sekeluarga dan Angah (anak Mak Long) sekeluarga telah menuju ke rumah En Khalid dan Cik Siti, kawan baik Mak Long di Taman Pancor Jaya yang mengadakan kenduri doa selamat siapnya rumah baru.
.
Rumah dia memang best la kan, sebab dah buat pengubahsuaian 100%. Cuma ada sikit-sikit lagilah yang belum siap kot.
.
Meriah gak lah, kenduri kat rumah dia sebab ada macam-macam makanan. Nasi lauk ikan semilang, ayam kampung gulai masak lemak, bubur dan macam-macam lagilah.
.
Apa pun tahniah buat En Khalid dan Cik Siti yang akhirnya berjaya menyiapkan rumah barunya...
.
Suasana di Pancor sebelum bertolak ke rumah Cik Siti
Dzaqwan leka bermain...
Inilah pemandangan hadapan rumah Cik Siti
Dzaqwan leka bermain...
Inilah pemandangan hadapan rumah Cik Siti
Luas dan lapang. Boleh masuk dua biji kereta kiri dan kanan
Memang lebar nampaknya
Pintu yang cantik. Mahal nih!!!
Suasana di ruang tamu
Sanak saudara sedang berkumpul berbual mesra di ruang tamu
Bilik tidur tengah
Bilik tidur utama
Dapur. Sepah sikitlah... almaklumlah kenduri....
Bibik-bibik bergaya menanti tugas yang belum selesai. Jangan marah yea!!!
Paip. Mahal tuh! RM 44.00. Hah hah hah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan