Isnin, 22 November 2010

Jalan-Jalan Cari Angin!!

"Jalan-Jalan Cari Angin". Kenapa agaknya tajuk kali ni lain sikit! Sebabnya apa yang kita orang nak buat pada masa tu semuanya tak kesampaian.
.
Pada 22 November 2010, Nabila dan Achik (anak Kak Ina) datang ke Seremban, so kita orang pakat untuk pergi main bowling bersama, so apabila sampai di Ampang Bowl, Seremban Parade punyalah ramai orang sampai nak main tak boleh. mana taknya Kilang MCIS dah booking kesemua lane yang ada, so kita orang tak dapatlah main kat sana hanya sekadar dapat 'berurut' kat kerusi urut berbayar tu.
. Suami saya yang sedang berurut
Danish menemankan abahnya
Achik bergambar di kerusi urut
Dhafir...
Nabila bergaya di Ampang Bowl, Seremban Parade
Saya dan Dzaqwan
Nabila bergambar bersama Dhafir

Achik turut berposing di Ampang Bowl

Amboi riangnya Achik!!
Bergambar bersama Acu nya pulak!
Saya dan suami tersayang
.
.
So, selepas kecewa dengan perkembangan di Seremban Parade, kami terus ke jaya Jusco di Seremban Parade. Dengan harapan, dapatlah bermain bowling di sana. Namun, apakan daya sampai di sana pulak, harganya mahal betul. Bukannya apa, lane nya teruk betul (tak maintained) tapi letak harga mahal. Sebelum ni tak lah mahal sangat, so disebabkan tak berbaloi rasanya, kami pun tak jadi main bowling....
.
So, selepas tu kami menuju ke cinema pulak untuk tengok wayang, tapi tetap menghampakan apabila tak ada cerita yang sesuai dan menarik. hajat hati tu nak tengok animation, tapi tak ada pulak untuk masa tu.
.
.
Ketika baru tiba di tempat letak kereta Jaya Jusco
Danish ketika bermain di permainan video di U-Bowl, Jaya Jusco
Nabila mengambil kesempatan bergambar
Bergambar bersama Dayah
Seperti biasa Danish & Dhafir tak reti duduk diam
Naik ke tingkat atas, menuju ke cinema
Wajah hampa kerana tak dapat menonton wayang
Dzaqwan kekal ceria
Bergambar dengan poster Harry Potter


Apa punya gaya daa....
.
.
Selepas daripada itu, hampa punya hampa, kami pun ambil keputusan untuk pergi makan aje laa... Setelah berbincang kami semua pun pergilah ke A&W Seremban. Kat sana, dapatlah makan bagi menebus kehampaan masing-masing.
.
Dzaqwan ketika di A&W. Comel tak?
Dhafir....
Danish....
Tiba-tiba je serius!
Nabila...
Control ayu!
Waffle 7 Wonders, yang saya idamkan.....
Alan anak Pak Andak yang kebetulan bekerja di sana...
Suasana ketika makan...
Elok betul pakatnya Achik dan Dhafir
Lapar sangat nampaknya.....
.
.
So itulah perjalanan Jalan-Jalan Cari Angin. Sebab angin satu badan, semua yang nak dibuat tak berjaya. Cuma akhirnya berjaya gaklah makan... itu je lah. Alhamdulillaah.
.
Sekian dan Wassalam.
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: