Isnin, 17 September 2012

Menghantar Adik Piji ke Restoran Subak

Pada 16 September 2012, suami saya telah menghantar adik ipar saya iaitu Adik Piji ke Sungai Penchala di Damansara untuk mendaftar masuk ke tempat kerjanya di sana. Adik Piji dijadualkan mula bertugas pada 17 September 2012 di Restoran Subak yang sememangnya popular di sana.

Sempat juga suami saya merakamkan gambar-gambar Restoran tersebut. Menurut suami saya Restoran ini agak eksklusif juga dan harganya kat sana, boleh tahan gak mahalnya!

Tapi apa pun jom kita layan gambar dulu !

Inilah rupanya penginapan yang telah disediakan untuk para pekerja Restoran Subak
Suasana di dalam rumah
Kelihatan ibu mertua saya yang sedang membantu mengemas rumah
Inilah Restoran Subak, tempat dimana Adik Piji diterima bekerja
Gambar dirakamkan dari jalan di hadapan Restoran Subak
Kelihatan kumpulan yang sedang memainkan muzik bagi menghiburkan para pengunjung
Suasana meriah kerana pada ketika ini berlangsungnya jamuan perkahwinan bagi satu pasangan berbangsa Cina
Suasana di meja makan
Di antara Tukang Masak yang sedang menyediakan makanan
Inilah rupa Ketua Chef kepada Adik Piji
Peta untuk ke Restoran Subak

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Berhari Raya di Rumah Abah dan Rumah Auntie Shima

Pada 15 September 2012, saya dan keluarga saya telah menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Taman Seri Nanding. Dan menerusi kesempatan ini kami telah berhari raya di rumah ayahanda kami di sana. Di sana dapatlah kami bertemu dengan Kak Long sekeluarga dan Kak Ngah sekeluarga.

Kemudiannya, daripada Hulu Langat, kami semua telah menuju ke rumah Auntie Shima di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras untuk beraya di sana pula. Bersama-sama dengan ini kami kongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan untuk tatapan bersama....
  
Dayah dan Bang Long
Saya bergambar bersama Bang Long
Saya, Bang Long dan Dayah
Dari kiri; Saya, Kak Ngah (Ungku Salawati), Dayah dan Kak Long (Ungku Radziah)
Bergambar bersama Abah dan Mak Uda
Bergambar bersama Abah, Mak Uda, Kak Long dan Keluarga Kak Ngah
Bergambar beramai-ramai
Ini ketika di rumah Auntie Shima
Bergambar bersama keluarga Auntie Shima

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Open House Raya Rumah Busu

Pada 8 September 2012, telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat di kediaman Busu dan Mak Usu yang baru iaitu di No. 45, Jalan Kebun Nenas, 4J/KS 8, Bandar Putera 2, Klang, Selangor. Majlis ini turut diadakan bersekali dengan Majlis Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri.

Majlis telah dimulakan dengan majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat yang telah diketuai oleh suami saya Syamsul Amri Ismail @ Acoy. Sebaik sahaja majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat selesai, majlis bersambung dengan acara kemuncak iaitu jamuan makan tengahari.

Yang paling mencuri perhatian ialah masakan Char Koay Teow panas yang didatangkan khas daripada Seksyen 17, Shah Alam.

Tanpa melengahkan masa jom kita tengok sama-sama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan pada majlis berkenaan.

Suasana di dalam rumah sebaik sahaja selesai Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat
Lauk ikan goreng dan rendang ayam yang membuka selera
Tidak dilupakan ulam-ulaman dan ikan masin bulu ayam
Sambal belacan special "ala-ala Jawa"
Buah tembikai pencuci mulut
Gulai masak lemak cili api Negeri Sembilan
Sambal ikan bilis campur kentang yang benar-benar menyemarakkan selera!
Tukang masak Char Koay Teow yang diadtangkan khas daripada Seksyen 17, Shah Alam
Semua bahan-bahan dan peralatan telah tersedia...
Proses memasak bermula....
Diantara bahan-bahan yang terlibat...
Proses menggoreng pun bermula...
Pergghhh... power tu, gaya mesti lebeyy!!!
Kak Ina dan Nabila di antara yang tidak melepaskan peluang!!
Inilah rupanya Char Koay Teow yang lazat dan menyelerakan... terhad hanya untuk 150 pinggan sahaja... Siapa yang lambat... tak dapat!!!
Apak Sidek dan anak-anak turut menikmati Char Koay Teow ini..
Mengupas udang untuk anak-anak...

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)