Selasa, 27 April 2010

Jamuan Sempena Anugerah Khidmat Cemerlang ACOY!!

Di atas kejayaan Syamsul Amri yang telah dianugerahkan oleh pihak Kerajaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi tahun 2009, yang mana anugerah telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 27 April 2010, maka Syamsul @ Acoy telah mengadakan jamuan bersama-sama anggota keluarga di Star Fresh di Jalan Kuala Pilah pada 27 April 2010 pada jam 8.45 malam.
.
Jamuan ini telah disertai oleh Ibu saya, Ibu Mertua saya, Anak-anak, Fadzly, dan Adik Piji. Seperti biasa kami menikmati Prawn Butter, Chicken Cheese, Sotong Goreng Tepung, Toufu Sizzling, dan juga Ketam Berlada. "Memang Best!". Itu sahajalah yang dapat digambarkan dengan jamuan itu. Okaylah jumpa lagi di lain masa...
. Sotong Goreng Tepung dengan Toufu Sizzling
Ketam Berlada
Adik Piji dan Fadzly menyambar makanan
Prawn Butter
Prawn Butter 'order' dua kali sebab tak cukup!!Yang di tengah-tengah tu Chicken Cheese
Suami saya bersama Dzaqwan
Dzaqwan yang tak reti duduk diam!!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Isnin, 26 April 2010

Jom Makan Kat "ICE ROOM" di Nilai !!!!

Assalamualaikum semua!!! Pada 25 April 2010 yang lalu, memandangkan masa yang terluang saya dan keluarga telah berkesempatan menikmati hidangan yang menyelerakan di ICE ROOM di Nilai. Tempat ni agak top lah di Nilai. Pernah gak lah masuk rancangan "Jalan Jalan Cari Makan" di TV3. Dia punya konsep ala-ala Secret Recipe laa... tetapi ... harga jauh lebih murah daripada Secret. Dia punya specialty yang dah kami try ice cream dialah. Memang superb!!
.
Yang uniknya, ice-cream 'peanut'. Memang best. Nanti kalau sesiapa datang cubalah, memang best!!! Nasi goreng dia pun best. Nanti cubalah order Nasi Goreng 'Famous' (Famous Fried Rice). Memang menyelerakan dan kenyang. Taklah semahal tempat lain boleh layan laa..
.
So kepada yang belum cuba, kalau ada kesempatan nanti cubalah!!!
.
Dhafir yang bergambar di Ice Room
Danish pun turut serta
Cuba tengok menu-menunya.... memang special
Ini pulak senarai ice cream yang dihidangkan
Dzaqwan, dengan wajah terbarunya
Nampak tak gigi dia yang baru tumbuh tu!!
Tapi ni lah satu yang tak tahan nih! Lasak sangat!!!!
Happy betul bila di'agah' oleh abang-abangnya
Dhafir dengan gaya tersendiri!
Berangkat pulang setelah menikmati hidangan
Bergambar kenangan di hadapan Ice Room sebagai bukti pernah datang!
Haa... ini bukti yang lebih jelas. Bergambar di hadapan pintu masuk Ice Room!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Jumaat, 16 April 2010

Bowling Keluarga Rais 2010

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP
KELUARGA RAIS 2010
.
HEBAT ! TIADA TANDINGAN ! Itu sahaja yang boleh digambarkan apabila melihatkan keputusan yang diperolehi sebaik sahaja pertandingan Bowling ditamatkan pada petang 3 April 2010. Pertandingan ini diadakan ekoran timbul rasa tidak puashati di atas kemenangan yang diraih oleh Acoy dalam pertandingan yang dilangsungkan pada bulan Februari yang lalu. Katanya, tak semua main... mana boleh itu dikira sebagai pertandingan Bowling Keluarga Rais. Maka kemenangan Acoy pada ketika itu dipersoalkan.
.
.
Maka berlangsunglah pertandingan "rematch" yang menggegarkan di Ampang Bowl, Seremban Parade. Lebih menarik lagi, Atama telah turun daripada Perak bersama Kak Long (Anak Pak Tam) untuk berentap bersama-sama. Turunlah jaguh-jaguh Shah Alam, Perak dan Seremban untuk berentap menentukan kemenangan.
.
Masing-masing dengan penuh yakin tampil dengan azam untuk mengubah keputusan dahulu iaitu misi mereka hanya SATU. MEMUSNAHKAN DOMINASI ACOY!!!
.
Akhirnya selepas berlalunya 4 frame, nyata kesemua mereka gagal dalam misi mereka. Langkah longlai mereka hanya menyaksikan penguasaan berganda juara Keluarga RAIS iaitu semestinya ACOY. Walau pelbagai teknik dan usaha diguna nyata kesemua mereka tewas mudah kepada ACOY dan mengesahkan bahawa keputusan dahulu bukanlah suatu kesilapan.... tetapi sebaliknya suatu kenyataan yang perlu mereka terima.
.
Berikut dipaparkan keputusan penuh pertandingan:
.
1. Syamsul Amri Ismail (Acoy) - 124, 164, 161, 169 = 618
2. Shahrizad Abas (Abang Iza) - 117, 121, 148, 90 = 476
3. Halijah Rais (Mak Usu) - 120, 80, 142, 116 = 468
4. Hafizal Halim (Pak Induk) - 103, 104, 86, 132 = 425
5. Amirah (Kak Long) - 87, 82, 109, 137 = 415
6. Habibah Rais (Induk) - 88, 86, 107, 105 = 386
7. Hilal Afiq - 78, 96, 92, 84 = 350
8. Atama - 62, 87, 121, 76 = 346
9. Norhayati (Noi) - 78, 68, 64, 66 = 276
.
Tahniah buat yang berjaya, kepada yang gagal jangan putus asa, cubalah lagi di lain masa.... kalau boleh!!!! Ha ha ha!!!
.

Wajah Juara!!!

.
.
.
Disediakan oleh : A C O Y ( Jangan Marah yeaahhh!!! )