Khamis, 18 November 2010

Program Ibadah Korban di Panchor

Selepas selesai Solat Sunat Aidil Adha 1431 Hijrah bertempat di Surau Panchor, seperti mana kelaziman pada setiap tahun ibadah korban sekali lagi dijalankan pada tahun ini. Pada tahun ini 4 ekor lembu dan 4 ekor kambing dikorbankan.
.
Program ibadah korban ini telah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Surul bin Miri. Suami saya telah mengambil kesempatan merakamkan kemeriahan program ibadah korban bagi tahun ini untuk tatapan semua.
.
Seekor lembu ditumbangkan sebelum disembelih
Ramai yang hadir menyaksikan perlaksanaan korban ini
Bersiap sedia untuk disembelihLembu dikendalikan oleh golongan remaja Panchor yang sememangnya cekap mengendalikan aktiviti korban
Hj Zamani, jiran tetangga yang merupakan sahabat baik arwah ayah mertua saya memimpin tangan anak-anak kami melihat kambing-kambing yang bakal dikorbankan
Kambing yang telah tersedia untuk dikorbankan
Bergambar bersama anak-anak kami...
Kini seekor kambing yang telah siap sedia untuk disembelihMenyaksikan beramai-ramai kambing yang mengambil giliran berikutnya untuk disembelih
Hanafiah, sahabat kampung kepada suami saya sedang membersihkan kesan darah sembelihan di lantai
En Sarip, orang kuat menarik kambing ke tempat sembelihan, sambil diperhatikan oleh Danish dan Dhafir dari dekat
Lembu yang telah disembelih dilapah...
Di dapur surau, kaum ibu sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan, rencah untuk persiapan masak
Tn Hj Safiei, Pengerusi JKKK (baju biru) dan En Manaf, Setiausaha JKKK (baju kuning) sedang menjaga kupon kutipan daging korban
Ada sahaja cerita daripada En Manaf
Kelihatan En Sarip, Cik Timah dan Cik Simah juga sedang sibuk di dapur
Beginilah ramainya yang hadir menyaksikan ibadah korban ini
Semua memerhatikan perlaksanaan ibadah korban
Suasana di tempat kupon kutipan daging korban
Fadzly (adik ipar saya) membawa anak-anak kami memerhatikan ke seluruh kawasan
Menyaksikan lembu yang ditambat sebelum disembelih

En Sarip menarik seekor lagi kambing untuk dikorbankanKambing tadi cuba melawanKelihatan beberapa orang remaja sedang sibuk melapah daging lembu yang telah selesai disembelih
Lagi kambing untuk disembelih

Ustaz Surul bersiap sedia untuk menyembelih kambing
Bersiap meletakkan pisau di leher kambing....
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar! Walillahilhamd! Ini pula tempat daging-daging disiang dan ditimbang mengikut sukatan sbelum dibungkus untuk diagihkan
Daging yang digantung sebelum dipotong
Beginilah suasana tempat daging-daging dipotong, disiang dan disukat....
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: