Ahad, 7 November 2010

Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS Peringkat Daerah Seremban

Satu Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Daerah Seremban telah diadakan pada 7 November 2010 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 1.00 tengahari. Memandangkan suami saya merupakan Pengerusi Tabika Kemas Panchor, maka beliau telah turut hadir ke program ini.
.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ini berlangsung.
.
Danish yang baru tiba bersama saya
Suasana pentas utama
Orang ramai mula memenuhi dewan

Danish duduk di tepi saya. Rileks je nampaknya masa tu...

Danish yang lapar, sempat menikmati sarapan pagi yang disediakan Cikgu nya
Elok makan sambil dilayan Cikgu Maimunah
Suasana di tempat makanDi dalam Dewan pula YBhg Ustaz Norazamir, Timb. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk menyampaikan ceramah. Di sebelah beliau, Tn Hj Ali Majid, Penyelia Kanan, KEMAS Daerah Seremban
Suami saya yang juga merupakan kenalan Ustaz Norazamir duduk bersama di kerusi VVIPPengerusi Majlis tampil menjemput Timbalan Mufti untuk menyampaikan ceramah
Ustaz Norazamir menyampaikan ceramah berkaitan "Kekeluargaan & Keibubapaan"

Suami saya yang sedang tekun mendengar ceramah
Pelbagai isu dan tips diberikan
Pelbagai kisah juga diketengahkan
Orang ramai yang mendengar ceramah yang disampaikan

Dewan yang penuh
Unit Siaraya yang dikendalikan oleh Unit Jabatan Penerangan Daerah Seremban

Kelihatan Penolong Pegawai Daerah Seremban yang baru tiba
Ha.. yang baju hitam tu, saya laa
Sesekali pendengar ketawa dengan kisah lucu yang disampaikan


Suami saya yang turut ketawa mendengar kisah yang disampaikan



Saya pun ketawa mendengar kisah-kisah yang mencuit hati


Dahaga agaknya, tu yang minum tu!


Kanak-kanak yang telah bersedia menyambut ketibaan VVIP iaitu YB Datuk Hasim Rusdi, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, yang akan merasmikan program ini




Suami saya mengiringi Timb Mufti dan lain-lain untuk menikmati hidangan yang disediakan

Suami saya sedang mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh YBhg Timb. Mufti
Tn Hj Ali Majid menghulurkan nasi kepada suami saya


Masih lagi berbual sebaik sahaja selesai makan
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: