Khamis, 18 November 2010

Program Ibadah Korban di MPS

Pada 18 November 2010 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1431 Hijrah, telah berlangsungnya ibadah korban anjuran Badan Kebajikan Islam (BAKI) Majlis Perbandaran Seremban bertempat di Taman Malaysia iaitu di Jabatan Pengindahan & Senitaman MPS. Program ini telah diketuai oleh Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Jabatan Pengindahan dan Senitaman MPS yang juga merupakan Yang DiPertua BAKI.
.
Program ibadah korban ini melibatkan 4 ekor lembu termasuk seekor yang telah disumbangkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
.
Turut mengambil bahagian di dalam ibadah korban ini ialah En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN yang turut berkongsi satu bahagian di dalam korban yang dijalankan.
.
Program ini merupakan aktiviti tahunan BAKI dan sememangnya mendapat sambutan dari sekelian kakitangan MPS.
.
Kelihatan lembu yang pertama yang telah selesai disembelih
Lembu ini telah siap sedia untuk dilapah
Suasana ketika ibadah korban dijalankan

Lembu kedua yang ingin ditumbangkanAkhirnya berjaya ditumbangkan
Tn Hj Ismail membaca doa sebelum penyembelihan dilakukan
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar! Walillahilhamd!
Selesai penyembelihan
Lembu yang ketiga pula....Selesai ditumbangkan...
Sekali lagi doa dibacakan
Penyembelihan bermula


Kini lembu keempat pula...
Lembu yang keempat ini memakan sedikit masa untuk ditumbangkan. Kelihatan En Syamsul (berbaju putih) memerhatikan dari dekat. Lembu yang keempat inilah En Syamsul terlibat dalam 1 bahagian
Akhirnya bersedia untuk disembelih...
Hj Mustafa pula menyembelih
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar! Walillahilhamd!

Shamrizan sedang melapah daging
Kelihatan Faizal dan Azahari juga sedang bertungkus lumus menyiang daging yang telah selesai disembelih
.
.
.
Dipetik daripada : Blog mpnlegaldepartment.blogspot.com

Tiada ulasan: