Selasa, 29 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru Afizul & Nurul!!

Selamat Pengantin Baru
.
Khusus Buat
.
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
.
Di atas perkahwinan kalian pada 25 Disember 2009
.
Doa kami semua semoga anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat
.
.
Alhamdulillah, pada 25 Disember 2009 yang lalu, Afizul atau lebih dikenali sebagai Afiz di kalangan ahli keluarga telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hati yang bernama Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan. Sebaik sahaja selesai majlis pernikahannya diikuti dengan persandingan di Kuala Pilah pada 26 Disember 2009 dan persandingan di Rasah Jaya pada 27 Disember 2009. Syukur, kerana semuanya telah berjalan lancar dan selamatnya.
.
Harapan daripada seluruh ahli keluarga agar selepas ini bertandanglah ke rumah ahli keluarga supaya dapat kita berkenalan dengan lebih rapat dan mesra lagi, insya Allah. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda berdua.
Kepada Pak Andak dan Mak Andak juga, tahniah di atas kejayaan bermenantu buat kali pertama ini, dan semoga cepat dapat menimang cucu. Dan tahniah juga buat Pak Andak dan Mak Andak di atas kejayaan melangsungkan majlis perkahwinan anak dengan cukup meriah dan ceria tanpa sebarang masalah.
Akhir kata dari kami sekeluarga, welcome to this family dan semoga hidup dilimpahi berkat dan rahmat serta berbahagialah hendaknya. Di dalam blog ini dikongsikan segala gambar di sepanjang 3 hari dan 2 malam majlis perkahwinan Afiz dan Nurul berlangsung.
.
Sekian dan Wassalam
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 28 Disember 2009

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Barangan Hantaran

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
.
BARANGAN HANTARAN PERKAHWINAN
.
Alhamdulillah, barangan hantaran telah disiapkan dengan jayanya di kediaman Noi di No. 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Boleh tahan gaklah rupanya bila dah siap. Tak yah lagi nak upah-upah kat orang lain.
.
Semuanya menarik dan cantik. Kalau tak caya tengoklah sendiri.
. Kasut
Dari sudut berbeza

Barangan kelengkapan solekan



Beg tangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Majlis Bacaan Yasiin dan Tahlil

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
24 Disember 2009
.
MAJLIS BACAAN YASIIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT
.
Sebelum melaksanakan majlis kenduri kahwin pada 26 dan 27 Disember ini, Pak Andak telah mengaturkan satu majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat agar dapat mendoakan kesejahteraan semua arwah di dalam keluarga serta memohon agar segala majlis yang dirancangkan dapat berjalan dengan teratur dan sempurna. Majlis diadakan selepas Maghrib dan dihadiri oleh saudara-mara terdekat serta jiran tetangga dan jemaah surau.
.
Bersedia untuk bacaan Yasiin
Atuk juga turut menyertai majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat ini
Di antara yang hadir pada malam itu
Kaum ibu pun ada yang menyertai
Sebaik sahaja selesai semua sanak saudara berkumpul di ruang tamu rumah Pak Andak
Semua saudara-mara bersantai di ruang tamu ketika semua tetamu menikmati jamuan di bawah khemah di luar rumah
Anak Helmi dan Ida
Danish Amri bin Syamsul Amri
Afiq (anak Wazir) di pangkuan Shiela
Afiq menyonggirr!
Dhafir dan Afiq
Dua anak kategori Heavyweight
Bergumpal bersama
Selepas selesai, satu lagi majlis yang tidak dijangka berlaku iaitu, majlis 'surprise' yang diaturkan oleh Noi bersempena ulangtahun ke 5 perkahwinannya dengan Acoy
Kek Happy Anniversary didatangkan khas daripada Secret Recipe
Semua anak-anak dah bersedia di hadapan kek
Acoy dan Atuk duduk di hadapan kek
Noi mencium pipi Acoy sebagai tanda kasih dan sayang
Dayah menyalakan lilin pada kek yang akhirnya ditiup oleh Dhafir

Kek mula dipotong dan dibahagikan
Acoy menyuapkan kek ke mulut Noi
Kek dipotong kecil-kecil kerana ramai yang menanti

Shiela yang berposing di hadapan kek
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Majlis Pertunangan

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
25 Disember 2009
.
MAJLIS PERTUNANGAN
. Rombongan pihak lelaki yang tiba untuk membawa utusan pertunangan
Nabila dan Kak Ina
Suasana yang meriahSempat bergambar sebelum masuk ke rumahShiela ceria memegang dulang berisi cincin pertunangan
Berada di ruang tamu rumah pihak perempuan
Farah, Mak Lang dan Shiela
Nabila dan Farah
Shiela, Zura dan Dayah (tengok mata Dayah... tengok)
Wan bergambar bersama ibu pengantin perempuan
Mak Andak menyarungkan cincin pertunangan
Cincin disarungkan ke jari manis Nurul
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR