Isnin, 22 November 2010

Bersarapan di Mc Donald

Seawal pagi lagi pada 20 November 2010, kami telah keluar ke Giant di Senawang untuk mencari hadiah yang sesuai untuk beberapa majlis kenduri yang bakal kami hadiri pada hari berkenaan. Antaranya kenduri kahwin anak En Md Yusof Alias di Mambau, kenduri kahwin Boboi di Panchor dan juga kenduri kahwin anak ahli majlis Majlis Perbandaran Nilai iaitu En Yusof Jaafar di Gadong.
.
So, selepas daripada itu kami telah sempat bersarapan di Mc Donald di Senawang. Kat sana, biasa je cuma sempatlah merakam beberapa gelagat anak semasa kami bersarapan di sana.
.
Dzaqwan, Danish dan Dhafir
Dzaqwan saja yang kelihatan ceria nampaknya!
Serius betul muka...
Hah! Bila tang main... memang tak ingat dunia!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: