Ahad, 1 Ogos 2010

Majlis Pertunangan di Rumah Anuar & Aza !!

31 Julai 2010 - Satu majlis pertunangan telah berlangsung bertempat di Rumah No 7, Taman Bandar Senawang. Majlis pertunangan ini telah berlangsung di kediaman En Anuar dan Pn Aza, iaitu jiran tetangga di rumah kami (selang sebuah rumah dari rumah kami). Majlis telah berlangsung dengan baik berserta dengan cuaca yang cerah dan ceria.
.
Majlis telah bermula pada jam 12.00 tengahari dengan majlis tahlil dan doa selamat, diikuti dengan sesi peminangan dan bertunang pada jam 1.30 petang. Pasangan pengantin lelaki dikhabarkan tiba daripada Grik, Perak. Hasil perundingan kedua-dua belah keluarga berkemungkinan majlis perkahwinan dijangka akan dilangsungkan pada bulan Mac 2011 nanti, insya Allah.
.
Diucapkan selamat berbahagia dan semoga impian membina sebuah keluarga bahagia akan tercapai dan menjadi kenyataan hendaknya.
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar
. Suasana ketika para tetamu dan saudara mara berehat di bawah khemah yang disediakan
Kelihatan 'Cameraman' sedang sibuk mengambil gambar

Suasana ketika menanti pihak lelaki tiba
Dzaqwan Amri yang turut hadirDuduk dipangkuan 'abah'nya
Kelihatan rombongan pihak lelaki yang baru tiba
Tiba dengan membawa beberapa dulang iringan
Suasana dari luar rumah ketika perundingan sedang dijalankan
Iringan diatur di hadapan tempat persandingan
Zaman sekarang ni, tunang pun ada tempat bersanding. Memang cantik!
Suasana ketika kedua-dua wakil sedang berbincang
Sanak saudara yang memenuhi ruang tamu ketika perundingan dijalankan
Berbincang dengan penuh teliti dan tertib
Selesai sesi perundingan, tiba pula waktu menjamu selera!
Semua menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh Katering yang didatangkan khas daripada Kuala Pilah
Dalam banyak-banyak, sambal belacan dia yang best sekali!!!
Adik Aza (yang bertunang) keluar menyampaikan cenderahati kepada semua yang hadir sebagai buah tangan
Wajah ceria dan berseri-seri, almaklumlah... hati sudah dimiliki!!!

Tiada ulasan: