Hari Keluarga
Haji Bador & Hjh Simah
2010
Ke-Sembilan
.
Majlis Penyampaian Hadiah
.
8 Ogos 2010
.
Selepas selesai sesi makan pagi + tengahari (brunch), majlis penyampaian hadiah telah dilakukan. Meliputi penyampaian hadiah kategori kanak-kanak belum sekolah, kanak bersekolah, remaja, dan juga pasangan. Tidak ketinggalan juga disampaikan hadiah bagi acara berkumpulan serta hadiah-hadiah khas yang melibatkan acar istimewa. Antaranya games yang dibawa oleh Ateh dari Kota Tinggi yang benar-benar mencuit hati.
.
Bertukar-tukar hadiah juga menarik perhatian apabila Acoy dan Mazli bertindak selaku pengacara program ini. Pelbagai usik-mengusik berlaku sehingga mengakibatkan dewan tidak henti-henti diselubungi gelak ketawa.
.
Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Tn Hj Bador (Atuk) yang menjadi penaung program Hari Keluarga ini.
.
Berikut dirakamkan gambar-gambar disepanjang acara penyampaian hadiah ini berlangsung.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan