Isnin, 26 Julai 2010

Jom Menjamu Selera di Restoran Ikan Bakar!!

24 Julai 2010 - Kebetulan pada hari Sabtu (24 Julai 2010) Mak Usu, Wan Asiah dan anak-anak Apak Sidek datang ke Port Dickson untuk menenangkan fikiran, maka satu lagi jelajah mencari MAKANAN telah diadakan. Mak Usu dan lain-lainnya telah memilih untuk berehat-rehat di Hotel Thistle yang dahulunya dikenali sebagai Hotel Guoman.
.
Saya, keluarga saya bersama-sama Fadzly, Adik Piji dan Kakak yang kebetulan baru tiba dari Kluang turut sama menyertai aktiviti makan ini. Kebetulan beberapa hari yang lalu, saya terserempak dengan tukang masak Medan Ikan Bakar Kampung Teluk, Pasir Panjang, Port Dickson ketika saya sedang berjalan di Seremban. Katanya, "Dah lama tak datang kedai bang?", saya kata, bukan tak datang kedai, tapi memang dah lama tak ke Port Dickson pun. Tau-tau je lah, nak menyampai ke Pasir Panjang, Port Dickson ni, boleh tahan gak lah jauhnya.
.
Cuma, apa yang terbaru kata 'tukang masak' tadi, dia dah buka cawangan yang baru iaitu kat Teluk Kemang sebaris dengan Hotel Mesra dan Pasaraya Mesra. Maknanya, lokasinya memang jauh lebih hampir berbanding di Pasir Panjang tadi. Namun, saya dimaklumkan yang lokasi lama masih kekal beroperasi seperti biasa.
.
Atas dasar itu, saya dan Mak Usu telah mengambil keputusan untuk mencuba di lokasi baru yang dikatakan tadi. Hidangan ikan bakar, sotong celup tepung, ketam goreng berlada, lala masak halia... semuanya sedap, cuma yang tak berapa bagusnya, 'service'nya agak lambat sikit. So, ini boleh gaklah menjejaskan minat pelanggan untuk datang lagi.
.
Kalau tak disebabkan saya ni 'regular customer' mungkin saya dah lari kot, tapi itulah, saya cadangkan agar pengurusan kedai berbuat sesuatu, kerana kerap kali saya perhatikan... apabila makanan siap saja pelayan akan tercangak-cangak kerana tak tahu nak hantar ke mana, setiap meja ditanya apakah meja tu ada order makanan tu atau tidak. Inilah masalahnya.
.
Untuk bertahan dalam industri ni, maka perlunya penyelarasan. Sayang sekali jika kita memiliki ramai pelanggan, tetapi tidak berusaha mengoptimumkan kepuasan pelanggan. Ingat, bukan hanya rasa menjadi penentu, tetapi pelbagai aspek termasuklah, menjaga hati pelanggan.
.
Apa-apa pun, memang best makan kat sana, cuma kalau nak suasana tepi laut yang menarik kena pergi ke Kg Teluk, Pasir Panjang gak laaa....
.
Dan sebelum terlupa, kami semua nak ucapkan jutaan terima kasih buat Mak Usu yang telah sudi belanja pada malam itu. Dengan berbesar hati diucapkan Selamat Panjang Umur dan Murah Rezeki buat Mak Usu... Hidup Mak Usu!!!!
.
Suasana ketika baru tiba di kedai. Kelihatan Mak Usu dan Wan sedang memesan (order) minuman
Mula-mula menunggu ok lah lagi....
Lama-lama... Penantian itu satu penyiksaan!!!
Akhirnya Ikan bakar yang menyelerakan tiba di hadapan mata!!
Sotong celup tepung yang mula luak tak sampai seminit!
Pergghhh... memang garing dan best giler!!! Ikan Kerapu ni masak tiga rasa.
Tom Yam yang memang sedap dimakan ketika panas-panas
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

2 ulasan:

Sean rizal berkata...

Lambat sikit TAK PE..yg penting masak sedap, pelayan xkurang ajar & HARGA BERPATUTAN dah cukup bagus..setakat servis cepat tapi MAHAL, buat pe..xguna gak.

Sean rizal berkata...

Lambat sikit TAK PE..yg penting masak sedap, pelayan xkurang ajar & HARGA BERPATUTAN dah cukup bagus..setakat servis cepat tapi MAHAL, buat pe..xguna gak.