Selasa, 31 Ogos 2010

Gelagat Dzaqwan Makan Roti John!!!

Pada 31 Ogos 2010, kami sekeluarga telah berbuka puasa di rumah ibu mertua saya di Pancor. Tambah menyerikan majlis adalah dengan kepulangan Syamsul Hafiz (adik ipar saya) yang kebetulan pulang sekejap kerana ada urusan di Subang pada 1 September 2010. Kami telah berbuka puasa dengan meriah sekali.
.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian kami adalah telatah Dzaqwan ketika makan Roti John yang sarat dengan sos cili. Dia ni memang ganaslah, tak kisah pedas dia sapu sampai habis roti John tu.
.
Jomlah sama-sama kita tengok gelagat si Dzaqwan ni.
.
Dzaqwan Amri
Kini genap usia 1 tahun 2 bulan dan 2 hari
Mula menjamah roti JohnMula menghayati rasa roti John
Tetap dengan wajah comelnya!
Haiii comel betull!!!
Mula menjelajah ke tempat lain pula!
Masih lagi dengan Roti John nya
Termenung seketika
Akhirnya aktiviti membaham Roti John diteruskan!!!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: