Selasa, 10 Ogos 2010

Hari Keluarga Hj Bador 2010 : Acara Perasmian

Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Acara Perasmian
.
7 Ogos 2010
.
Selepas selesai sarapan pagi, kesemua ahli keluarga berkumpul di dewan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan bagi memulakan acara Hari Keluarga 2010. Di dalam acara perasmian, Acoy selaku Pengerusi Hari Keluarga 2010 telah menyampaikan ucapan alu-aluan.
.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan, cadangan serta pandangan setiap wakil ahli keluarga berkaitan Hari Keluarga yang dilaksanakan pada setiap tahun ini. Pelbagai pandangan telah diutarakan berkaitan kehadiran, penyertaan, tempat cadangan lain serta ada juga yang mencadangkan agar pada tahun hadapan dibekalkan dengan t-shirt baru.
.
Selepas sahaja daripada itu, YBhg Tuan Hj Bador (Atuk) telah menyampaikan ucapan perasmian. Antara lain, Atuk berpesan agar Hari Keluarga ini mesti diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara satu dengan yang lain.
.
"Cuba kita tengok pada kanak-kanak yang berlari-lari di dalam dewan ini. Merekan boleh bermain bersama, bergaduh sekejap dan selepas itu boleh main semula. Inilah yang perlu kita perhatikan, Hubungan persaudaraan itu melatih semua kanak-kanak ini agar berbaik antara satu dengan yang lain di mana akhirnya, ikatan persaudaraan itu tidak akan terputus", demikian antara nasihat berupa amanat yang disampaikan oleh Atuk untuk renungan bersama.
.
Kerusi di dalam dewan yang telah siap disusun atur oleh Acoy dan Mak Usu sebelum memulakan acara perasmian
Busu yang bertungkus lumus sejak awal pagi mempersiapkan peralatan teknikal bagi membantu kelancaran program
'Door gift' untuk semua ahli keluarga yang hadir. Towel bersulam HBHS bermaksud Hj Bador dan Hjh Simah serta satu set Tupperware untuk kegunaan keluarga
Kesemua hadiah telah siap disusun atur
Acoy mulai merekacipta design BACKDROP untuk program
BACKDROP yang telah siap
Dzaqwan yang telah hadir awal untuk 'mengacau' di majlis perasmian
Suasana di dalam dewan ketika sebelum majlis perasmian bermula
Dzaqwan duduk diam di kerusi..... untuk seketika sahaja!!
Dari kiri; Acoy, Tn Hj Bador (Atuk) dan Pn Hjh Simah (Wan) duduk di pentas utama Semua ahli keluarga yang telah sedia berkumpul memulakan majlis perasmian
Mak Long berucap selaku wakil keluarga Mak Long Semua mendengar ucapan, ulasan dan pandangan setiap ahli keluarga
Busu menguji kamera 'canon' yang dibawanya
Pak Long turut menemani Mak Long di atas pentas
Cik Amat dan Cik Sepiah
Atam dan Mak Tam
Pak Andak dan Mak Andak
Kak Yanti
Busu
Mazli.... ucapan berunsur ugutan agar beliau tidak dilantik sebagai Pengerusi!!
Along selaku wakil remaja
Busu membuat ulasan akhir setiap ulasan, cadangan dan pandangan daripada semua
Akhirnya Atuk tampil untuk menyampaikan ucapan perasmian program Hari Keluarga Hj Bador & Hjh Simah 2010 yang berlangsung pada 6 Ogos 2010 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Port Dickson.
.
.
.
Oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: