Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Ke Pantai Tg, Tuan, Port Dickson
.
8 Ogos 2010
.
Sebaik sahaja selesai Program Hari Keluarga Hj Bador dan Hjh Simah bagi tahun 2010 untuk kali ke - sembilan, kami sekeluarga dan keluarga Mak Long Limah, berpakat bersama untuk singgah berpiknik seketika di Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson. Memang seronoklah, anak-anak dapat mandi laut, kami semua pulak dapat bertukar-tukar cerita di samping kemeriahan suasana yang dipenuhi dengan gelak ketawa terutama dengan keletah dan pelbagai cerita, usik-megusik oleh Mazli dan Acoy terutamanya.
.
Di sana, kami sempat jua menjamu selera dengan makan 'mihun panas' di medan selera di sana. Memang meriah lah. Acoy sampai menambah lima kali lah. Mungkin sebab dah lapar sangat kot!!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan