Isnin, 9 Ogos 2010

Hari Keluarga Hj Bador 2010 : Sesi Tahlil & Makan Malam

Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Sesi Tahlil Arwah & Makan Malam
.
7 Ogos 2010
.
Satu sesi tahlil arwah serta tahlil dan doa selamat bersempena menyambut ketibaan Ramadhan telah diadakan selepas solat Maghrib diadakan. Solat Maghrib telah dijalankan secara berjemaah oleh seluruh ahli keluarga di mana telah diimamkan oleh Acoy. Sebaik sahaja solat maghrib selesai, majlis diteruskan dengan sesi tahlil serta doa selamat bersempena ketibaan bulan Ramadhan.
.
Sebaik sahaj selesai tahlil dan doa selamat, sedikit perbincangan telah diadakan dimana semua ahli keluarga bersetuju untuk pulang ke kampung pada 28 Ogos 2010 bagi bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa di Kg Tanah Baru.
.
Sebaik sahaja masuk waktu Isya', Mazli telah melaungkan seruan azan. Dan seterusnya, Acoy sekali lagi menjadi Imam bagi solat Isya' secara berjemaah.
.
Sebaik sahaja selesai solat Isya', kesemua ahli keluarga trus bergerak ke dewan makan bagi menikmati hidangan makan malam yang disediakan.
.
Suasana di surau sebaik sahaja selesai solat Maghrib sementara menunggu waktu Isya'
Di antara jemaah wanita yang turut hadir
Kelihatan Busu, Wan dan Atuk ketika menikmati makan malam
Suasana meriah ketika makan malam dengan hidangan yang menyelerakan
Kesemua makan dengan penuh berselera!!
Kelihatan Ateh sedang melayan anak-anaknya ketika makan
Kelihatan Atam dan keluarga
Mak Long dan Cik Rodi yang duduk semejaHelmi, Ida dan Azura
Dzaqwan di dewan acara, kelihatan sudah mulai mengantuk
Danish, Dzaqwan dan Dhafir yang tidur awal pada malam itu kerana penat sangat!!!
Tidur lena nampaknya!!
.
.
.
Oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: