Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Majlis Penutup
.
8 Ogos 2010
.
Akhirnya majlis Hari Keluarga Hj Bador & Hjh Simah sampai ke penghujungnya. Di dalam majlis penutup ini, Acoy telah diumumkan kekal sebagai Pengerusi Hari Keluarga bagi tahun 2011. Begitu juga dengan jawatan Setiausaha hasil daripada undian ramai. Namun begitu Acoy juga telah mengumumkan Pn Aryanti Yaakob sebagai penyelaras program Hari Keluarga 2011 bersama-sama dengan adik-adiknya yang lain. Ini juga dipersetujui sebulat suara.
.
Di dalam ucapan penutup Tn Hj Bador telah menasihatkan agar program Hari Keluarga ini perlu diteruskan walaupun ketika beliau sudah tiada lagi. Ini adalah demi memastikan ikatan persaudaraan akan tetap terus terjalin dan tidak terputus. Tn Hj Bador juga merasakan Hari Keluarga pada tahun 2011 ini telah berlangsung dengan cukup meriah dan menggembirakan.
.
Acoy menyatakan, "Untuk program Hari Keluarga tahun 2011 nanti, kita akan berusaha untuk memastikan bahawa acara akan dilangsungkan dengan lebih menarik lagi. Tentang lokasi baru untuk tahun 2011, kita akan cuba ikhtiarkan demi memenuhi hasrat dan suara ramai. Terima kasih buat semua yang menjayakan program Hari Keluarga 201o ini terutamanya Busu, yang begitu banyak membawa peralatan teknikal bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan berkesan. Terima kasih buat Busu sekali lagi".
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan