Selasa, 31 Ogos 2010

Berbuka Puasa di Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam

Pada 29 Ogos 2010 pula, iaitu sebaik sahaj kembali dari kampung isteri saya di Tanah Baru, Johol, kami sekeluarga telah bergerak pula ke Bukit Jelutong, Shah Alam untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai di kediaman Mak Usu.
.
Suasana memang meriahlah. Makanan pun banyak so apa lagi, memang berbuka puasa dengan sesungguhnyalah.
.
Sebaik sahaja selesai majlis berbuka puasa dan solat Maghrib, secara berjemaah semua ahli keluarga telah bersolat tarawih secara berjemaah di ruang tamu rumah Mak Usu. Selesa betul sembahyang. Apa taknya, menghadap air-cond!
.
Apa pun terima kasih buat Mak Usu yang telah sudi mengadakan majlis ini untuk seluruh ahli keluarga.
.
Suasana ketika waktu berbukaWan Asiah dan Wan Batu Kikir berbuka puasa di meja VIP di dapur
Suasana meriah ketika berbuka
Pelbagai lauk pauk menyelerakan yang disediakan
Memang tak ingat betul dia punya sedapp!!
Laa... apa lak tuan rumah makan kat tangga ni!

Along layan blues buka puasa sorang di sofa
Kak Long makan sambil mendukung anak
Danish dan Dhafir sedang merancang melakukan keganasan seterusnya di rumah Mak Usu
Isteri saya ketika sedang menyuapkan Dhafir
Anak-anak Apak Sidek
Anak-anak Along
Dzaqwan di pangkuan abahnya
Dengan wajah cukup ceria
Amboi besar betul gelak Dzaqwan, ketika duduk bersama Iqbal di atas riba abahnya
Iqbal

Danish Amri
Tiga bersaudara bergambar bersama!
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: