Selasa, 30 Disember 2008

Rumah Idaman : D'areca 2, Tmn Bandar Senawang

Memori D'areca 2 Tahun 2007

Atas permintaan , terutama mereka yang belum lagi berkesempatan hadir ke rumah saya, maka dengan ini saya paparkan gambar ketika kami membuat kerja-kerja ubahsuai serta menghias rumah idaman kami di No. 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Kami mula membuatkerja-kerja ubahsuai pada bulan Oktober 2008.

Dayah dan Noi ketika sesi mengecat Ruang bilik tidur utama
Busu adalah orang yang paling sibuk ketika sesi pengubahsuaian, wiring dan hiasan rumah. Terima kasih Busu
Langsir yang telah siap dipasang.
Dayah dan anak buah saya (Nabila) ketika sesi mengecat dinding bilik tidur tetamu.
Cornis yang masih lagi belum kering. Kalau dah kering ni baru boleh pasang kipas. Berat oo benda ni. Kena tunggu lebih kurang 3 jam jugak. Itu paling kejaplah.
Ruang yang bakal dilekatkan cornis.
Dayah dan Nabila, leka mengecat bilik tidur khas untuk ibu saya.
Warna ini kelihatan ceria. Kelihatan juga kipas yang telah selesai dipasang oleh Busu.
Penandaan dibuat sebagai tempat meletakkan paku, sebelum cornis boleh dilekatkan.
Dayah sempat berposing ketika sesi mengecat bilik tidur.
Busu, masih lagi dengan proses wiring dan pemasangan suis kipas siling.
Dayah mengemop lantai sebelum menyambung kerja-kerja mengecat dinding di ruang makan.
Kelihatan ruang makan yang masih belum selesai dicat.
Nabila (anak buah Noi), mengecat dengan penuh teliti dan hati-hati.
Inilah ruangan menonton DVD yang telah disiapkan.
Gambaran ruangan menonton DVD apabila dinyalakan lampu.
Saya sedang sibuk menggrill bagi pemasangan 'lack' atau rak yang didatangkan khas dari IKEA. Bukan free, tapi beli. Jangan salah faham.
Gambaran dari hadapan rumah D'areca. nampak tak kat atas bumbung tu?
Kat atas bumbung tu, merupakan kontraktor dari Syarikat Astro yang sedang berusaha memasang Pemancar Astro.
Sememangnya kerja ini agak rumit. Sebenarnya bukan pemasangan baru pun, cuma pemindahan dari rumah sewa di Paroi ke rumah baru kami ini. Kena caj juga.
Kelihatan anggota-anggota penguatkuasa MPN dan jiran-jiran dari rumah lama yang turut sama membantu ketika kami berpindah. Terima kasih diucapkan di atas kesudian membantu.
Pemindahan dibuat dalam dua trip. Memandangkan barang di rumah lama, walaupun kecil tapi barangannya adalah diluar jangkaan banyaknya.

PEMANDANGAN SELEPAS SELESAI RUMAH D'ARECA 2 INI SIAP DIKEMAS DAN DIHIASKAN
Beginilah rupa cornis yang telah siap dipasang. Begitu juga air-cond yang telah siap dipasang di ruang tamu.

Kipas juga telah dipasang setelah cornis di atasnya benar-benar telah melekat pada siling.
Memang kemas dan cantik.
Beginilah ruangan depan di hadapan rumah kami di Taman Bandar Senawang.

Beginilah gambaran pemandangan di Ruang Tamu kami. Tempat menonton televisyen.
Beginilah pula gambaran Ruangan Makan
Inilah 'lack' dan warna yang benar-benar menarik perhatian.
Gambaran keseluruhan rumah jika dilihat dari ruang makan.


Susur tangga naik ke tingkat atas di hias dengan hiasan bunga dan buluh. Pasu besar tu disponsor oleh Mak Long Noi dari Palong. Terima kasih Mak Long.
Kelihatan Danish di ruangan menonton DVD. Amacam, kemas tak? Cantik Tak?
Pemandangan hiasan bunga tadi dari sudut menonton DVD.




Pemandangan Bilik Tidur Ibu saya.

Ini pula pemandangan bilik tidur tetamu.


Ini bilik air (joint bathroom) diantara bilik ibu saya dengan bilik tetamu.



Ini pula Bilik Tidur Utama.

Memang luas dan selesa.
Ini bilik air bagi bilik tidur utama.

Ini pemandangan dari balkoni rumah saya. Kelihatan di hadapan masih belum ada sebarang pembangunan lagi. Difahamkan bahawa di kawasan ini akan dibangunkan projek perumahan Fasa D'areca Special Edition.




Ini saya nak tunjuk pulak garden di hadapan rumah saya.

Garden chair, sesuai untuk lepak-lepak dan bertukar-tukar fikiran.
Ini pemandangan taman atau jog park di hadapan rumah saya.


Amacam? Cantik tak? Cantik kan? Sememangnya saya dan keluarga saya sangat berpuashati dengan rumah ini dan sangat bahagia tinggal di dalamnya. Semoga anda tidak segan sila datanglah ke rumah saya jika ada masa di No 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang, Senawang, 70450 Seremban. Sesungguhnya inilah rumah idaman saya.

4 ulasan:

LN berkata...

salam,
wow,cantik gitu...interior designer mane yg buat...kenape tak tunjuk ruang dapur...

Tanpa Nama berkata...

ada jual banglo sebuah ke kat tmn bandar senawang ni? klau ada, brapa harganye...

wfn berkata...

napa la compressor aircond letak situ.. ur house looks ugly... facade mcm kena kacau ngn kotak air cond yg burok... seboleh bolehnyer kita sorok aircnd tu.. =)

maharani berkata...

pandai jgk awk hias rumah.simple dan cantik.baru nampak rumah org nak duduk.bukan rmh singgah sekejap-sekejap..sy suka kepada hiasan di laman rmh.buat sendiri ke atau upah orang?