Selasa, 30 Disember 2008

Nira & Daniel, Bowling, Pizza & Movies!

Pada 15 Ogos 2008, saya telah mengambil masa lapang untuk menemani Nira & Daniel untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan. Sepatutnya Abang Iza pun turut sama, tetapi memandangkan manager bank tu agak sibuk maka saya seoranglah yang menemani mereka. Almaklumlah tetamu dari Jerman ni perlu dilayan sebaiknya. Kedua-dua mereka memang seronok pada hari tu. Saya telah menjemput Nira dan Daniel pada jam 2.30 petang pada hari tu di Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Kelihatan wajah tidak sabar Daniel untuk bersukaria. Kami memutuskan untuk pergi berlibur di Sunway Pyramid di Subang.
Setibanya kami di Sunway Pyramid kami mengambil masa sebentar menyaksikan persembahan 'ice-skating'. Pertunjukan ini disertai ramai kanak-kanak yang saya rasa masih lagi berada di sekolah rendah usianya.

Dan apabila sudah puas menyaksikan, kami telah menuju ke Pyramid Bowl. Apa lagi, kalau bukan untuk beradu kemahiran untuk membuktikan siapakah yang lebih handal di dalam arena sukan bowling ini.





Sempat merakamkan gambar kenangan di Pyramid Bowl.



Ini gambar toilet Pyramid Bowl, memang canggih dan bersih. Nampak moden.

Daniel bergaya di hadapan pintu masuk toilet.
Selepas daripada permainan ini yang mana telah dimenangi oleh..... saya lah. Maka kami meneruskan aktiviti seterusnya iaitu makan. Kami telah pergi menikmati Pizza di Pizza Hut. Layan je lah. Walaupun saya tak lah minat Pizza sebenarnya, maka saya orderlah Chicken Wing. Ok gak lah.

Kemudian kami bersiar-siar di dalam Shopping Mall, Sunway Pyramid. Memang suasananya dah lain. Masa dulu-dulu pergi dengan Noi tak lah besar macam ni rasanya.
Daniel & Nira bergambar.





Haa selepas puas berjalan-jalan, kami telah mengambil peluang pula menonton wayang tahu cerita apa? Ceritanya adalah....






Yaa... inilah cerita yang kami tonton. Tidak lain tidak bukan Filem The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor.



1 ulasan:

Problem Solving of Surgery berkata...

Assalaamualaikum,
Selamat Tahun Baru Hijriah

Satya Wardhana
http://problemsolvingsurgerycases.blogspot.com/