Pada 10 Oktober 2005, iaitu ketika kandungan berusia 8 bulan, kami telah pergi ke Klinik Rekha untuk menjalani imbasan (scan). Doktor mengesahkan bahawa anak pertama kami adalah lelaki dan berada di dalam keadaan sihat. Berikut saya tunjukkan kepada anda hasil scan yang telah saya jalankan.
Doktor tu kata, jari, kaki dan tangannya panjang macam ayahnya jugak.
Akhirnya, Alhamdulillah, pada jam lebih kurang 1.26 pagi 2 Januari 2005 Noi telah selamat melahirkan anak saya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dan selepas 7 hari anak saya telah diberi nama dengan nama DANISH AMRI BIN SYAMSUL AMRI.Berikut saya tunjukkan kepada anda semua gambar-gambar Danish ketika berusia 16 Hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan