Selasa, 30 Disember 2008

Memori Kepulangan Achik Julie ke Jerman

Sesungguhnya setiap yang bermula pastinya akan berakhir. Begitu juga dengan tempoh percutian Achik Julie dari Jerman akhirnya sampai ke penghujungnya. Di sini saya siarkan gambar-gambar Achik Julie sekeluarga pada hari-hari akhir sebelum berangkat pulang ke Jerman. Kami pasti merindui Achik. Entah bila pulak saya berpeluang untuk bercuti di sana. Kalau tak silap saya, Achik masih lagi tinggal di Heidelberg, Germany. Mesti best kalau dapat ke sana. Yang dah ke sana baru Mak Usu dan Wan. Inilah gambar-gambar untuk tatapan semua.

30 Ogos 2008


Kami bergambar beramai-ramai di hadapan rumah Mak di Pancor







Daniel sudah mula menunjukkan reaksi sedihnya kerana tinggal sehari sahaja lagi sebelum mereka berangkat pulang ke Jerman.






1 September 2008
9.00 Malam
Lapangan Terbang KLIA


Danish bergambar bersama Daniel

Nira, Danish, Noi, Daniel dan Kassim


Nira, Danish, Saya dan Daniel.

Danish duduk sambil menikmati french fries Mc Donald.

Noi dan Nira





Apa agaknya yang dibincangkan oleh si Kassim dan si Danish tu?

Saya merakamkan gambar kenangan dengan Uncle Uwe buat kali terakhir sebelum berlepas pulang.

Suasana sayu menyelubungi hati kami tatkala melihat Achik berlalu pergi.

Daniel tidak henti-henti melambai kami sehingga hilang dari pandangan.

Wan turut sayu menyaksikan anaknya, dan cucu-cucunya berangkat pulang ke Jerman tanpa dapat dipastikan bila lagi akan dapat ketemu agaknya.

C'iest Lavie buat Achik Julie, Uncle Uwe Morris, Anna Zanira dan Daniel Hasani. Semoga bertemu kalian lagi di lain masa.

Akhir kata buat semua "Ich heisse Acoy, Ich bin dreissig jahre alt. Ich bin veheiratet und habe zwei kinder. Ich wohne in Seremban. Meine frau heisst Norhayati (Noi). Ich wuensche mir, dass ich eines tages nach Deutschland gehen werde, um Nira und Daniel zu sehen!"

Tiada ulasan: