Selasa, 30 Disember 2008

Kenduri Cukur Jambul
Kenduri Istiadat Berandoi Dhafir Amri
Marhaban & Berzanji
Kenduri Tahlil Arwah
Kenduri Doa Selamat Rumah Baru
Kenduri Doa Selamat Naik Pangkat Syamsul Amri (Acoy)

Di No 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang, Seremban.

7 Februari 2008

Dhafir ketika ketibaan Kumpulan Berzanji Najihatun-Najah daripada Pancor
Kumpulan Berzanji ini dipimpin oleh Ustazah Hajah Rohani.

Wan Batu Kikir dan Wan Tanah Baru turut hadir ke Majlis ini.
Cik Sal ketika melagukan irama berzanji.

Buaian untuk andoi yang siap disediakan.

Dhafir di dukung oleh ibu saudaranya, Dayah.
Cukur jambul dijalankan.
Dhafir memang nangis sakan masa ni.

Tengoklah muka Dhafir tu memang nangis sungguh-sungguh.

Kali ni didukung oleh Tok Mak nya pulak.

Alah ciannyaaa...!

Ketika dibawa keluar ke bawah khemah, nagis Dhafir pun masih belum surut lagi.

Mak Long 'favourite' (Mak Long Noi) pula mengambil giliran cukur jambul si Dhafir.
Giliran moyangnya pulak.

Kak Ina (Kakak Noi) mencium Dhafir dengan harapan dapat memujuk Dhafir.

Kali ini giliran Pak Ngah nya pulak.

Ha ini giliran manager bank, Pok Ja pulak!
Ha ini Tuk Teh Paroi Jaya (Tuk Sedara Noi) punya turn.
Orang ramai telah mula memenuhi ruang makan di bawah khemah yang disediakan.
Kini Istiadat Berandoi pulak. Alhamdulillah lena Dhafir di dalam buaian. Dia pun dah biasa diandoikan oleh Abahnya dengan lagu yang sama.

Kini Majlis doa selamat pula. Majlis ini dipimpin oleh Tuan Haji Samsudin (Imam Masjid Paroi) sambil dibantu oleh Tuan Hj Ahmad Dalan (Allahyarham) Imam Surau Pancor.
Antara orang ramai yang turut menyertai majlis Tahlil & Doa Selamat.


Hafiz dan Fadzly di sudut rumah D'areca.
Antara AJK Pangsapuri Rakyat Seri Perdana yang bertungkus lumus membantu persiapan hidangan jamuan makan tengahari untuk tetamu.
Antara AJK PRSP Paroi yang bertungkus lumus mencuci pinggan mangkuk.

En Manaf dan anaknya.

Bangah menceduk air untuk hidangan tetamu.
Danish ketika di pangkuan Abahnya.
Hidangan VVIP untuk Imam Samsudin, Imam Hj Dalan, En Atan, En Sarip, En Aziz dan En Ali.
VVIP menikmati hidangan dengan penuh berselera.
Beginilah gambaran betapa ramainya yang hadir.

Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat di dalam kenduri ini. Begitu juga terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Majlis ini. Sesungguhnya besar ertinya buat saya dan keluarga saya. Terima kasih.

Tiada ulasan: