Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah Buat Semua!!!

Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam 1Malaysia....

Alhamdulillah, kita kini telahpun berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Dalam pada itu, diam tak diam saya dan keluarga telahpun melalui tahun yang agak sibuk. Dengan hadirnya bulan Ramadhan dapatlah kiranya kita semua beristirehat sambil penumpuan kini lebih tertumpu kepada ibadat di bulan yang penuh baroqah ini. Saya mengambil kesempatan ini mewakili keluarga kecil saya bersama Ungku Norhayati (Noi/Yat), anak-anak kami; Danish Amri, Dhafir Amri dan Dzaqwan Amri mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua yang cukup setia mengikuti blog keluarga ini sejak sekian lama.

Dengan ini saya juga menyeru agar sekelian keluarga mengunakan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk bersama-sama menyemarakkan rasa kasih dan sayang di dalam keluarga agar ikatan kekeluargaan akan dapat terus dipereratkan dan dipertahankan.

Janganlah diri terbawa-bawa dengan emosi terlampau hinggakan mata hati kita menjadi buta di dalam menilai baik dan buruk sesuatu kerana akhirnya, kitalah saja yang menjadi manusia yang rugi ekoran amal sia-sia dek mengikut perasaan amarah tidak bertempat.

Di bulan Ramadhan ini juga kita perlu banyak berpalang dada di dalam menerima setiap yang berlaku tanpa menyesali nasib diri kerana sesungguhnya yakin dan Percaya bahawa Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Usaha untuk merapatkan keluarga perlu sentiasa diteruskan. Janganlah berpecahbelah kerana akibatnya buruk sekali."Memasang lukah di dalam bondar, kalau buleh jangan diangkit, perkagho yang lopeh usah dibongkar, kalau dibongkar jadi penyakit!", ini kata bidalan orang Negeri Sembilan yang menarik dan cukup dalam maknanya. Ini mengaitkan betapa pentingnya kita jangan membangkit-bangkitkan perkara yang lepas. Cukuplah sekadar menjadi renungan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas buat ahli keluarga RAIS di atas kejayaan menganjurkan Hari Keluarga RAIS 2011 dengan jayanya di Kg. Sungai Buloh, Jelebu. Konsep 'Kenduri Kampung' dilihat benar-benar berjaya menghidupkan suasana keluarga dengan meriahnya. Tambah meriah, kehadiran Achik Julie dan nira daripada Jerman melengkapkan kemanisan dan kejayaan Hari Keluarga RAIS 2011. Dengan kejayaan ini, pasti akan diteruskan dengan tahun-tahun mendatang, dan saya selaku pengerusi tetap berjanji akan menyediakan kelainan pada Hari Keluarga 2012 dengan pelbagai cadangan dan perisa baru yang telah pun tiba di minda saya.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat Busu Mohd Khairuan Bador (gambar) di atas kejayaannya menggembleng Hari Keluarga Hj Bador & Hjh Simah 2011 dengan jayanya meskipun buat pertama kali kita mengadakan program ini tanpa Atuk di sisi. Saya juga yakin, Hari Keluarga HBHS ini akan tetap kita pertahankan demi kasih sayang dan rasa pentingnya kekeluargaan buat kita semua. Buat mereka yang tidak hadir dengan SENGAJA... insafilah diri anda, kerana jikalau tidak kerana asal usul kita, keturunan kita yang dulu-dulu, entah-entah kita pun belum tentu tahu wujud atau tidaknya....

Walaubagaimanapun, sekali lagi syabas buat semua yang hadir, sebagai 'bonus' buat Keluarga Hj Bador & Hjh Simah, dengan ini isteri saya Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat) telah pun memuat turun segala-gala gambar Hari Keluarga HBHS 2011 yang berlangsung pada 22 Julai 2011 hingga 24 Julai 2011. Gambar-gambar ini boleh disaksikan di dalam folder-folder berikutnya di dalam folder Julai dan Ogos 2011.

Sekian dan terima kasih. Selamat Berpuasa, Maaf Zahir dan Batin.



Banner Hari Keluarga RAIS 2011Potret Keluarga yang telah sempat dirakamkanBanner Hari Keluarga Hj Bador & Hjh Simah (HBHS) 2011 Saya bersama keluarga, ketika bergambar bersama Wan ketika Hari Keluarga HBHS 2011 Busu dan Mak Usu, selaku tunjang utama menjadikan Hari Keluarga HBHS 2011 satu realiti!Saya bersama Wan ketika HBHS 2011 Potret keluarga yang dirakamkan di Kg. Tanah Baru Johol


Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)


**jangan lupa melihat koleksi gambar HBHS di dalam Folder Julai & Ogos 2011

Tiada ulasan: