Pada bulan Julai yang lalu, suami saya dan rakan-rakan sekerjanya iaitu Lotfee dan Ruhiyati telah berkursus di Hotel Emperor Melaka selama 4 hari dan 3 malam. Semasa berkursus, jadualnya agak lapang pada waktu malamnya, maka suami saya dan rakan-rakannya ini telah pergi menjelajah mencari hidangan yang lazat dan enak.
Pada 18 Julai 2011 perjalanan dimulakan dengan mencari hidangan masak asam pedas. Menurut suami saya memang best betul. Katanya, kuah asam pedas tu sampai boleh hiruplah! Suami saya ni bukannya suka sangat makan asam pedas (makan tu makan, cuma tak adalah sampai jadi favourite) tapi katanya lepas makan tu memang sedap. Katanya, nama kedai tu, Restoran Asam Pedas Kak Mona. Yang membawa dia orang ke restoran ni sepupu kepada si Lotfee, nama dia Azroi ( atau panggilan mesranya Aloi).
Kemudiannya pada 19 Julai pulak, suami saya pergi ke Umbai. Suami saya kata kalau makan kat Star Fresh tu, memang sedaplah Prawn Butter nya. Tapi yang tak boleh lawan di Umbai, udangnya fresh betul. So, kesemua gambar di sana telah sempat dirakamkan. So, mahu tak mahu lain kali, suami saya kena jugak bawak saya ke sana pulak. Okay, so, jom kita tengok gambar-gambar masa mereka kat sana!
1 ulasan:
cakap pasal melaka nih...saya baru je pegi kat asam pedas hjh mona 2/3 minggu lepas. OK rasa dan ramai sesak orang. Susah cari parking. First time pegi sana sebab biase nye makan kat asam pedas malinja atau pun asam pedas selera kampung.
Pics dah upload so senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
Kalu sudi follow la yer blog saya TQ
Catat Ulasan