Selasa, 2 Ogos 2011

Proses Transformasi VIVA !!

Disebabkan suami saya terpaksa menggunakan kereta kerana urusan menghantar anak-anak ke sekolah dan menjemput anak daripada tempat jagaan anak, maka saya terpaksa mengambil semula kereta VIVA daripada adik saya. Keadaan kereta dari segi dalamannya masih baik, cuma di bahagian luar perlu ditacap semula.

So, seperti biasa kereta VIVA di beri nafas baru, supaya sesuai digunakan oleh suami saya untuk menghantar dan menjemput anak serta boleh digunakan bagi urusan ke tempat kerja dengan lebih selesa.

Berikut adalah gambar-gambar semasa proses transformasi VIVA dibuat...


SEBELUM DIBERI NAFAS BARU!!Bahagian bonet hadapan yang memiliki banyak kesan ketukan ekoran daripada kemalangan lampau'Skirting' hadapan yang sudah mula longgar serta menampakkan kesan-kesan skru lamaCalar-calar di bahagian 'skirting' tepiBegini rupa 'skirting' hadapan jika dilihat dari dekatBahagian 'skirting' belakang yang sudah tertanggal, hanya skru nya sahaja yang tinggalLagi calar di bahagian tepiBEGINI KEADAAN SELEPAS KESELURUHAN BODY VIVA DI CAT SEMULAPEMASANGAN COIL RUBBER MAT DI DALAM KERETABERMULANYA PROSES TINTED CERMINPEMASANGAN NOMBOR PLAT MENARIKPEMASANGAN LEATHER PADA SEAT VIVARADIO YANG SEKEJAP-SEKEJAP JAMMED, DITUKAR KEPADA RADIO KENWOODPEMASANGAN SPORT RIM, SIZE 15BERIKUTNYA ADALAH WAJAH TERBARU VIVA YANG TELAH SELESAI DI'TRANSFORMASI'KAN Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

1 ulasan:

AkU sEoRaNg PeMbUaL tErBaEk berkata...

salam..make-up keta habis brp??buat kt mane??