Pada 28 Julai 2011, kami sekeluarga bersama dengan ibu mertua saya, Wan Sungai Buloh, Apak Sidek sekeluarga, Mak Long Samsiah, Hafizudin, Hishamudin, Izzudin, Adik Piji dan Kakak Syamira telah beramai-ramai menikmati jamuan makan malam di Star Fresh Agro Park, di Jalan Kuala Pilah. Jamuan makan malam ini bersempena dengan birthday adik ipar saya, Syamsul Fadzly.
Banyak betul kami makan, ikan siakap masak tiga rasa 2 ekor, ikan siakap bakar asam pedas 4 ekor, prawn butter, chicken cheese, sizzling tofu, sambal petai, sup sayur campur dan macam-macam lagilah.
Kami semua kongsi-kongsi bayar TETAPI... penyumbang terbesar bayarannya adalah Apak Sidek. Terima kasih banyak-banyak buat Apak Sidek yang telah sudi belanja kami makan.
Makan beriya-iya betul masa tuh. Mentang-mentanglah sehari lagi nak puasa masa tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan