Isnin, 1 Ogos 2011

Danish & Dhafir Bertanding Futsal !!!

Pada 27 Julai 2011, bertempat di Kompleks Sukan Paroi, Danish dan Dhafir (anak pertama dan kedua kami) telahpun beraksi di dalam pertandingan Futsal Tabika KEMAS Parlimen Seremban. Di dalam pertandingan ini, pelbagai aksi telah dipamerkan dan pelbagai ragam dan gelagat juga telah sempat dirakamkan. Danish beraksi selaku pemain utama selaku penyerang, manakala Dhafir sebagai 'simpanan'.

Walaupun sebagai simpanan, dia kerap kali masuk sendiri ke dalam gelanggang sehingga terpaksa dikeluarkan oleh jurulatih dari dalam gelanggang. Walaupun sedemikian Tabika Pancor yang diwakili kedua-dua anak kami telah berjaya merangkul tempat ketiga. Pun begitu, Dhafir walaupun sebagai 'simpanan' telah naik dulu ke pentas mendahului rakan-rakannya yang lain untuk menerima pingat sebagai pemenang te,pat ketiga.

Berikut, bersamalah kita saksikan aksi dan gelagat Danish dan Dhafir di dalam gelanggang Futsal."Lu apahal! Tak puas hati ke?" Dhafir dengan muka tak tak puas hati!Di sinilah insiden Dhafir dikeluarkan bermula. Nampak tak budak yang tengah memeluk kat tengah gelanggang tu. Ha, tulah Dhafir. Dia masuk sendiri kat dalam padang.Ha, nampak tak cikgunya masuk untuk menangkap Dhafir di tengah gelanggangAkhirnya Dhafir berjaya ditangkap dan tenangkan sebelum berjaya dibawa keluar dari gelanggang. Memang kelakar!Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: