Isnin, 22 Ogos 2011

Jom Shopping di Pusat Pemborong GM Klang

Pada 21 Ogos 2011 yang lalu, saya bersama suami dan anak-anak telah ke Pusat Pemborong GM Klang iaitu satu pusat pemborong yang terbesar di Asia Tenggara. Inilah kali pertama kami ke sana. Saya kebetulannya kini adalah menjual 'contact lens' secara kecil-kecilan, so, ramailah yang order, termasuklah adik ipar saya. Tetapi selama ini, saya hanya membuat pesanan melalui pos sahaja. Dan, masalahnya, adik ipar saya ada membuat tempahan daripada rakan-rakan sekolejnya di Kolej Nightingale, Seremban. Tapi memang last minutelah. Itu yang kelam kabut tu. Minggu depannya kan dah nak raya, so, takut tak sempat.

Suami saya pun mencadangkan agar saya cuba contact dengan pembekal-pembekal yang selama ini poskan pada saya, sebab kalau dekat boleh kita pergi ambik direct pada diaorang. Masalahnya jauh-jauh pulak tempatnya, ada tu kat Kedah, wuihh! Memang tak dapat nak pergi. So, husband saya suruh saya cuba surf di Internet melalui FB (Facebook). Itu yang terjumpa dengan Pusat Pemborong GM ni. Tapi menurut perbualan rakan-rakan di dalam FB ada di antara mereka yang pernah cuba pergi tapi tak jumpa dan tersesat.

Tapi, kalau dengan husband saya biasanya dia pandai cari jalan, malahan dia suka kalau pergi kat tempat yang tak pernah pergi ni. Boleh explore tempat yang baru.

Saya adalah buat kajian sikit pasal Pusat Pemborong GM Klang ni, rupa-rupanya ia merupakan pusat pemborong yang terbesar di ASIA TENGGARA. Dengan pembanguna seluas 1.35 juta kaki persegi, kapasiti 2800 lot, GM Klang menyediakan pelbagai produk seperti pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, tekstil, beg tangan, jam, peralatan wanita, kasut, kacamata, kosmetik, alatulis, hadiah, mainan, elektronik, peralatan elektrik dan perkhidmatan, peralatan bangunan, bahan pendidikan, makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Yang lebih menarik lagi, menurut suami saya ia memberi keselesaan kepada pengunjung dengan kemudahan perbankannya, medan selera (nasib baik bulan puasa), tiada kesesakan lalulintas serta kemudahan tempat letak kereta.

So, tak nak cerita panjang, para pembaca kenalah pergi dan tengok sendiri, bersama-sama dengan ini saya kongsikan beberapa gambar semasa kami berada di sana tempohari.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Ahad, 14 Ogos 2011

IFTAR Ramadhan Keluarga RAIS 2011 di Bukit Jelutong, Shah Alam

Pada 13 Ogos 2011, telah berlangsungnya majlis berbuka puasa, solat tarawih, tahlil serta doa selamat bersempena dengan keberangkatan Mak Usu Halijah yang bakal mengerjakan umrah pada minggu hadapan. Mak Usu bakal berangkat daripada KLIA pada jam 3 petang 17 Ogos 2011. Mak Usu akan berangkat ke Tanah Suci Mekah menerusi Syarikat Andalusia Travel Agency.

Dengan ini kami mendoakan semoga Mak Usu selamat pergi dan selamat pulang serta selamat mengerjakan ibadah di Tanah Suci Mekah.

Berikut dikongsikan gambar-gambar ketika majlis berbuka puasa di Rumah Mak Usu. Dimulakan dengan gambar-gambar suasana sebelum berbuka puasa dan diikuti dengan gambar-gambar di dalam folder berikutnya...

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

IFTAR Keluarga RAIS 2011: Majlis Berbuka Puasa

IFTAR Ramadhan Keluarga RAIS 2011 : Acara Berbuka Puasa (Selepas Solat Maghrib) Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)