Ahad, 5 September 2010

Shopping Raya!!

Pada 4 September 2010 (Sabtu) kami sekeluarga keluar mencari barang-barang raya, khususnya untuk anak-anak tersayang. Baju Melayu raya dia orang dah beli dah. Cuma nak cari barang-barang kecil yang lain, antaranya kopiah, baju jalan, dan juga baju raya saya dan tudung raya saya.
.
Pada awal pagi sebelumnya, kami pergi ke kubur Arwah Ayah Mertua saya kerana suami ingin membersihkan kubur arwah. Sebaik sahaja selesai kami terus ke Seremban. Kopiah dibeli di Arked MARA Seremban. Baju raya anak di Seremban Parade. Baju raya saya pun kat Seremban Parade gak (kat First Lady).
.
Lepas tu singgah di Dataran Senawang untuk beli tudung saya kat Pearl Haya. Best nya tahun ni dapat dua helai tudung suami bagi!!!
.
Dhafir makan tengahari di Seremban Parade. Buka puasa awal!
Danish pun sama!
Gaya masing-masing makan waffle dan minum air mangga
Sedapnya nampak!! Nasib baik puasa!!
Dzaqwan menggayakan kopiah yang baru dibeli
Tetap comel!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: