Isnin, 27 September 2010

Beraya di Rumah Ateh di Kota Tinggi

25 September 2010, Kota Tinggi : Kami sekeluarga telah mengetuai satu perjalanan berhari raya di rumah bapa saudara (Ateh) saya di Kuarters Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Kota Tinggi, Johor. Rombongan ini telah diketuai oleh suami saya (acoy) dan turut disertai oleh Cik Ujang sekeluarga, Pak Andak sekeluarga, Busu dan Mak Usu, Pak Long dan Mak Long sekeluarga serta Mazli dan Mimi sekeluarga.
.
Disebabkan suami saya telibat dengan satu ceramah di Jelebu pada sebelah paginya maka kami hanya dapat bertolak lebih kurang jam 12.30 tengahari. Perjalanan awal telah dipandu oleh ibu saya kerana acoy yang agak kepenatan selepas ceramah mengambil keputusan untuk berehat (tidur) dahulu.
.
Ibu saya memandu di sepanjang perjalana hinggalah tiba di hentian rehat Pagoh. Di sana kami telah menikmati santapan tengahari di restoran Wakomo. Makanannya tak lah mahal dan yang penting sekali sedap. Kami berhenti agak lama di Pagoh kerana menantikan ketibaan Cik Ujang yang turut menyertai konvoi ini di saat akhir.
.
Akhirnya kami meneruskan perjalanan dan tiba di rumah Ateh kira-kira jam 6.00 petang. Keesokannya (26 September 2010) kami pulang ke Seremban kerana suami saya terlibat dengan satu majlis kenduri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
.
Berikut merupakan gambar-gambar di sepanjang perjalanan dan ketika beraya di rumah Ateh.
.
Suami saya berehat sekeltika sebaik sampai di tol Kulaijaya
Kelihatan kereta Busu di hadapan yang turut sama menunggu
Danish yang sudah terjaga
Atuk menikmati Laksa yang disediakan di ruamh Ateh sebaik sahaja tiba
Busu dan Mak Usu menikmati Laksa bersama
Suami saya yang kepenatan tidur bersama anak kami Dzaqwan
Memang dah tak boleh tahan dah. Ngantuk betul nih!
Kelihatan dari kiri; ibu saya, Mak Long dan Pak Long dalam suasana ceria
Wan dan Pak Andak
Dayah, Mak Long dan Pak Long
Cik Rodi cuba mengelak lensa kamera
Cik Ujang yang ceria disamping Wan
Suami saya yang telah bangun dan mandi menikmati makan malam sambil ditemani Mak Long
Pak Andak dan Miza
Udang goreng yang menyelerakan. Hidangan istimewa oleh Ateh
Mazli yang telah bersiap untuk pulang dahulu di sebalah malamnya
Suami saya dan Dzaqwan ketika menyaksikan kepulangan Mak Long sekeluarga ke PalongDzaqwan bergambar dari dalam kereta Pak Andak yang turut sama pulang
Ateh sekeluarga turut menyaksikan
Giliran ateh mula menikmati makan malam Ini suasana sebelum kami tidur
Dzaqwan yang kekal ceria
Saya berhempas pulas cuba menidurkan Dzaqwan
Suasana di sebelah paginya sebelum kami berangkat pulang
Dzaqwan duduk di pangkuan ibu saya
Amboi manjanya Busu ngan Mak Usu
Ini suasana ketika suami saya beratur di KFC Hentian Rehat Jejantas Ayer Keroh Dhafir Amri yang 'merajuk' lepas kena marah dengan Abah dia
Ibu saya melayan karenah Dzaqwan
Dhafir dan Danish ketika sedang menikmati ayam goreng KFC
Danish bergambar di KFC Suasana ketika sedang makan KFC
Ada je benda yang tak kena dengan si Dhafir ni!
Saya dan Dzaqwan
Ibu saya bersama Dhafir
Dhafir, Danish dan suami tersayang
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: