Isnin, 20 September 2010

Kembara Raya 18 : Berhari Raya di Bagan Serai, Perak

Kembara Raya 18
Berhari Raya di Rumah Pak Tam
Di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan
17 September 2010
.
.

Seawal jam 4.30 pagi, suami saya telah bangkit mengejutkan dua anak kami iaitu Danish dan Dhafir untuk naik kereta terus menuju ke Bagan Serai, Perak bagi menghadiri majlis rumah terbuka Pak Tam (bapa saudara suami saya). Majlis tersebut dijadualkan bermula selepas solat Jumaat. Saya tidak dapat menyertai majlis ini kerana terlibat dengan sekolah ganti pada hari yang sama.
.
Perjalanan suami saya bermula pada jam 5.30 pagi, dan dari Senawang suami saya telah berehat seketika di hentian rehat Dengkil bagi menunaikan solat Subuh.
.
Selepas itu perjalanan diteruskan sehingga ke Bagan Serai dan suami saya telah selamat tiba dengan anak-anak kami kira-kira jam 9.30 pagi. Mereka telah berangkat pulang semula ke Seremban pada keesokan paginya (18 September 2010) selepas solat Subuh.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.
.
Suasana yang mulai cerah di dalam perjalanan
Menghampiri simpang masuk ke Bidor, Teluk Intan

Melalui Ipoh
Danish yang masih lena tidur
Begitu juga dengan Dhafir di tempat duduk di belakang
Melalui terowong
Akhirnya tiba di susur masuk Taiping Kamunting (Taiping Utara)
Tidak berapa lama lagi tibalah kami di rumah Pak Tam di Bagan Serai
Singgah sebentar di pusat mencuci kereta, sebab teruk sangat dah kotornya
Wajah Danish dan Dhafir ketika baru bangun tidur. Tengah menunggu kereta dicuci
Selepas siap mandi beginilah rupa nya Danish
Ini pulak Dhafir, memang ceria
Bergambar bersama di laman rumah Tuk Tam nya
Selepas solat Jumaat, jemaah Masjid mulai tiba untuk majlis tahlil dan bacaan doa
Di antara jemaah yang hadir
Danish duduk di pangkuan abahnya
Pak Tam menyuarakan hajat kepada Imam yang bakal mengetuai majlis tahlil dan doa selamat
Imam mengetuai bacaan doa
Semua jemaah turut mengaminkan bacaan doa
Semua menuju ke khemah bagi menikmati jamuan yang disediakan
Danish makan nasi dengan disuapkan oleh Wan nya
Suasana selepas selesai tahlil dari kiri Zaini (suami Kak Lang Alin), Ahmad dan Farid
Di antara hidangan yang disediakan
Suasana tetap berlangsung meriah meskipun hujan
Tetamu menyendukkan makanan
Kak Lang dan Baby sibuk memotong buah tembikai di dapur
Danish yang sakit gigi sempat dibawa ke Klinik Gigi Dr Shaik untuk ditampal giginya
Dalam sibuk orang open house dia membetulkan gigi. Tapi steady lah Danish tak nangis pun!
Ini pulak suasana di sebelah malam di rumah Pak Ngah. Dekat je dengan rumah Pak Tam
Danish leka dengan permainan
Atama dan Mak Ngah
Pak Ngah mengawal Helikopter mainan dengan remote control sambil diperhatikan oleh Danish dan Dhafir
Danish bersalaman dengan Tuk Ngah nya
Danish memeluk Tuk Ngahnya
Dhafir memeluk Wan Angah nya
Giliran Dhafir memeluk dan mencium Tuk Ngah nya
Ha ini pulak gambar ketika anak-anak saya dalam perjalanan pulang ke Seremban keesokan paginya. Gambar ini dirakamkan ketika mereka berhenti seketika di hentian rehat Tapah
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: