Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 12 : Berhari Raya di Rumah Induk di Shah Alam

Kembara Hari Raya 12
Berhari Raya di Rumah Induk
Di Taman Seri Lembayung, Seksyen 25, Shah Alam
14 September 2010
.
.
Selepas selesai berhari raya di rumah Amuk di Paroi kami sekeluarga terus berhari raya di rumah Induk di Shah Alam. Di sana kami menikmati sajian kuetiaw goreng yang disediakan oleh Induk. Tidak terhenti di situ sebaik sahaja selesai di rumah Induk kami sekeluarga berhari raya pula di rumah Induk Yah.
.
Rumah Induk Yah terletak di Pasir Panjang, Klang. Di sana, kami sekali lagi disajikan dengan kuetiaw goreng. Walaupun sama menu rasanya tetap sedap.
.
Dan sebaik sahaja selesai berhari raya di rumah Induk Yah kami terus bergerak ke rumah Mak Usu suami saya di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kami berhari raya dan terus tidur di sana.
.
Suasana santai di rumah Induk di Shah Alam
Fadzly (adik ipar saya) terlentang di ruang tamu rumah Induk
Eh Eh ... Kakak dengan posing istimewa lah konon!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: