Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 4 : Berhari Raya di Rumah Wan Angah

Kembara Hari Raya 4
Berhari Raya di Rumah Wan Angah
Di Kg Batu Kikir
11 September 2010
.
.
Selepas selesai kami menziarahi pusara Arwah Atuk suami saya iaitu Allahyarham Lebai Alias bin Wahab, kami telah menuju ke rumah Wan Angah suami saya. Di rumah Wan Angah kami hanya layan diri sendiri sahaja kerana Wan Angah yang tinggal keseorangan di rumah dan keadaan dirinya yang telahpun uzur dan kurang sihat.
.
Suami saya memang tidak henti bergurau mengusik Wan Angahnya menjadikan keadaan rumah Wan Angah menjadi ceria.
.
Suami saya kelihatan sekali sekala mengurut-urut dan memicit tangan Wan Angah. Suami saya agak rapat juga dengan Wan Angah ni.
.
Suami saya duduk di sebelah Wan Angah nya
Bergambar di hadapan kuih-kuih raya
Seperti biasa Danish dan Dhafir mencari aktiviti sendiri
Memegang Dzaqwan yang tak reti duduk diam
Tak boleh nak pegang sekejap pun! Memang penatlah!!
Terpancar wajah kemesraan antara seorang cucu saudara dengan wan nya
Kakak Syamira dan Danish
Amacam cute tak saya!!!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: