Alhamdulillah, Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Yat/Noi) iaitu isteri kepada Syamsul Amri bin Hj Ismail (Acoy) telah selamat melahirkan anak lelaki pada 29 Jun 2009 pada jam 8.34 pagi dengan timbangan 3.9 kilogram. Anak lelaki yang bersemangat ini benar-benar membawa keceriaan baru kepada keluarga Rais ini. Putera Ketiga Acoy dan Yat ini masih lagi belum diberi nama, selaras dengan sunnah Nabi untuk memberikan nama anak hanya pada hari ketujuh selepas kelahiran. Kepada sesiapa yang ada cadangan bolehlah menghantar cadangan nama menerusi blog ini berserta dengan maknanya sekali (kalau boleh). Insya Allah cadangan anda akan dipertimbangkan. Yat telah dibenarkan keluar daripada Wad pada lewat petang hari yang sama dan kini berpantang di kediamannya di No 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Kepada sesiapa yang berhasrat melawat baby baru ini boleh berbuat demikian mulai 1 Julai 2009. Semoga keluarga ini akan terus dilimpahkan dengan keberkatan serta dimurahkan rezeki, insya Allah. Berikut disertakan beberapa gambar untuk tatapan dan dikongsi bersama. Terima kasih.
Selasa, 30 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
masyaallah, kussmangat anak kau Coi...tahniah utk Acoi dan Noi di atas kelahiran putera No 3...rupo tu susah nak cakap rupo sapo kono tunggulah 2-3 minggu dulu...salam sayang dari acik, nira, daniel dan uwe
tahniah ;-)
Catat Ulasan