Selasa, 30 Jun 2009

Pementasan Teater "Mana Setangginya" di Istana Budaya

Pada 20 Jun 2009 yang lalu, saya dan isteri saya telah berpeluang menonton teater "Mana Setangginya" yang telah dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater yang menarik ini telah turut ditonton oleh barisan artis terkemuka Malaysia. Isteri yang telah diberikan tiket istimewa berharga RM 15 telah tidak menolak peluang keemasan ini dengan mengambil keputusan untuk menontonnya bersama-sama dengan saya pada malam itu. Pementasan yang bermula pada jam 8.30 malam itu telah diarahkan oleh En Zaifri Husin yang mengambil karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Noordin Hassan.
Teater "Mana Setangginya" mengisahkan tentang penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda, iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat menabur fitnah akan asal usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai ‘raja’.


Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.




Isteri saya bergambar di Istana Budaya
Gambar Poster Barisan Perdana Menteri Negara
Saya turut merakamkan gambar di sisi Potret Pemimpin Negara
Isteri saya berkesempatan bergambar bersama Kenchana Dewi, Louisa Chong dan Rosnah Johari
Bergambar di sisi Poster "Mana Setangginya"
Saya turut tidak melepaskan peluang
Isteri saya bergambar bersama pelajar SMK Senawang yang turut hadir
Bergambar di Ruang Legar Panggung Istana Budaya
Pengarah Teater : Zaifri Husin

Barisan Pelakon "Mana Setangginya"
Di antara babak menarik yang dipentaskan
Adegan terbang yang menarik perhatian dan yang pertama seumpamanya di Malaysia
Abdul Mutalif yang membawa watak PADERI
Barisan pelakon yang menjayakan teater ini bergambar di Pentas Utama

Azman Abu Bakar membawa watak IBRA
Tony Eusoff sebagai JUDA dan Sabrina Ali sebagai IRIAM
IRIAM
Azizah Mahzan sebagai MIRA
Shaharudin Thamby sebagai HAWAR
Nizam Elias membawa watak SAMI
Mohd Nor Fateh sebagai SILBI
Rudy de Luna sebagai SUBAT
Iqbal Taufik sebagai UZZA
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj ismail (ACOY)

Tiada ulasan: