Pada 28 Jun 2009 yang lalu saya, isteri saya dan anak saya Danish telah berpeluang menonton Filem Transformers : Revenge of The Fallen di Panggung MBO di Terminal 2, Seremban. Sebagaimana yang diwar-warkan filem ini benar-benar mengkagumkan dengan penggunaan Teknologi yang tiada tolok bandingannya. Nasihat saya kepada semua yang berhasrat menonton agar menonton Transformers 1 terlebih dahulu bagi membolehkan penonton memperoleh idea tentang watak-watak yang ada di dalam Filem ini. Filem ini pada Sabtu dan Ahad lalu (27 & 28 Jun 2009) telah menyebabkan kesemua panggung di Seremban penuh sesak dan fully book. Pada yang belum menonton lagi, pergilah tonton, rugi kalau tak tonton, memang best!
Selasa, 30 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan