Mohd. Shahidzuan bin Abdul Aziz
dan
Norzawani binti Hj. Ariffin
Pada 8 Ogos 2009, bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur telah berlangsungnya perkahwinan Izwan dan Wanie. Izwan yang merupakan anak kepada jiran di belakang rumah saya akhir menamatkan zaman bujangnya bersama gadis idamannya yang berasal dari Port Dickson. Majlis perkahwinan tersebut berlangsung dengan meriahnya di sana dengan hadiri kira-kira 500 orang jemputan.
Saya telah dijemput untuk menyempurnakan bacaan doa pada Majlis berkenaan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Fadzly, Ibu saya, Danish, Ibu Mertua saya, Dayah, Busu dan Mak Usu. Majlis tersebut bermula pada jam 8.00 malam dan dijalankan dengan resepsi ketenteraan. Majlis tersebut dihiburkan dengan alunan nyanyian DJ Mazlan yang didatangkan khas daripada Nilai. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 10.00 malam.
Suasana Pelamin yang terhias indah pada petang sebelum majlis bermula
Beginilah gambaran suasana ruang hidang utama
Tempat makan jemputan di laman terbuka di bawah khemah
Wanie yang sedang dihias dan make-up sambil diperhatikan Izwan
Entah apa yang melucukan Izwan hingga tertawa
Cik Yan (Ibu Izwan) dengan aksi selepas make-up)
Beginilah gambaran suasana ruang hidang utama
Tempat makan jemputan di laman terbuka di bawah khemah
Wanie yang sedang dihias dan make-up sambil diperhatikan Izwan
Entah apa yang melucukan Izwan hingga tertawa
Cik Yan (Ibu Izwan) dengan aksi selepas make-up)
Danish dan Ibu saya di khemah tetamu jemputan
Beginilah meriahnya suasana
Pemandangan suasana majlis dari pentas DJ Mazlan
Lagi gambaran kemeriahan suasana
Pengantin duduk bersemayam di atas pelamin
Ibu saya dan Fadzly di meja santapan
Danish dengan wajah tak sabar nak makan
Danish memberikan senyuman hambar dek menahan kelaparan sebelum boleh makan
Suasana meriah di khemah tetamu jemputan
Suasana kemeriahan penuh dengan warna-warni
Istiadat khas sebelum upacara pemotongan kek dijalankan
Apa pun kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Izwan dan Wanie, doa kami semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kami juga mendoakan semoga Cik Yan sekeluarga panjang umur serta dimurahkan rezeki, insya Allah.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan