Selasa, 30 Jun 2009

Memori Indah Di Langkawi 2009 !

Pada 9 Jun 2009, saya dan keluarga telah berangkat ke Kangar, Perlis bagi melawat kediaman sementara Hafiz yang pada ketika itu sedang sibuk dengan projek menyiapkan klinik kerajaan di sana. Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh kami apabila kami telah mengambil kesempatan untuk melancong di Langkawi pada 10 Jun 2009 sambil dipandu oleh Pemandu Pelancong yang tidak asing lagi iaitu Tok Wak.



Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika kami berada di Bumi Bertuah Langkawi.



Kakak ketika bersama dengan Danish sebelum menaiki feri
Istrei saya, Danish dan Ibu saya di jeti Kuala Perlis

Lagi gambar yang sempat dirakamkan
Saya dan kedua anak saya di Jeti Kuala Perlis sebelum berangkat ke Langkawi
Kelihatan rombongan yang baru pulang dari tanah suci turut memenuhi ruang menanti di Kuala Perlis, lihatlah betapa sibuknya suasana pada pagi tersebut
Gelagat Dhafir yang tidak duduk diam
Danish & Dhafir
Dhafir ketika berada di dalam feri
Danish & Dhafir di dalam feri
Danish yang mati kutu kerana tak tahu nak buat apa kat dalam feri
Kakak, Fadzly dan Ibu saya
Kami sekeluarga merakamkan suasana di dalam feri
Lagi gambar kami berempat dirakamkan
Aksi Danish dan Dhafir ketika kami bersarapan di KFC Langkawi
Lagi pose istimewa Dhafir dan Danish
Danish dan Dhafir masih belum puas bermain
Saya dan Fadzly yang sedang bertungkus lumus menghabiskan sarapan pagi yang menyelerakan di KFC Langkawi
Saya berposing juga sambil-sambil menyuapkan sarapan kepada Danish & Dhafir

Kami bergambar sebaik sahaja selesai bersarapan dan bersiap sedia untuk memulakan lawatan

Merakamkan suasana di dalam van yang disewa sebelum memulakan perjalanan
Lagi gambar suasana di dalam van yang disewa
Aksi Danish di dalam van sewa
Gambar tugu peringatan di Pekan Kuah, Langkawi
Lagi pemandangan di Pekan Kuah
Lagi gambar Pekan Kuah yang sempat dirakamkan
Pada ketika kami melalui Pekan Kuah pada pagi memang masih belum sibuk lagi keadaan persekitarannya
Kelihatan Adik Piji ketika kami baru tiba di Pusat Penghasilan Minyak Gamat yang utama di Langkawi
Hafiz dan Dhafir ketika baru turun dari van sewa Danish berdiri betul-betul di hadapan minyak gamat sudah siap sedia untuk dijual Lagi gelagat Danish & Dhafir Fadzly ditempat di mana gamat direbus menjadi minyak
Beginilah rupanya gamat ketika direbus sebelum dipaketkan untuk dijual
Lagi gambar di bilik rebusan gamat
Di antara jenis-jenis gamat yang pamerkan untuk tontonan umum
Barulah diketahui bahawa gamat ini mempunyai pelbagai bentuk dan versi rupa-rupanya
Bergambar di hadapan Pusat Gamat di Nusantara Maju Enterprise
Lagi gambar dirakamkan
Menaiki van semula untuk ke destinasi seterusnya
Aksi Danish di dalam van
Danish turun dengan penuh bergaya ketika kami tiba di Langkawi Waterworld
Isteri dan ibu saya setibanya di Langkawi Waterworld
Melangkah naik menerusi tangga di Langkawi Waterworld
Dhafir menunggu tindakan seterusnya!
Kelihatan Tok Wak sedang melayani karenah Dhafir
Danish dan Dhafir bergambar di pintu masuk utama Langkawi Waterworld
Ketika berada di ruang legar Langkawi Waterworld
Danish dan Dhafir bergambar di hadapan akuarium
Hafiz sambil mendukung Dhafir yang sedang leka menyaksikan aksi ikan dan hidupan laut di dalam akuarium
Lagi gambar Dhafir dengan kelekaannya
Isteri saya, Danish dan Dhafir di hadapan akuarium
Danish dan Dhafir, seperti biasa ... ada sahaja yang direbutkan!!
Aksi kesemua ahli keluarga yang asyik memerhatikan gelagat hidupan laut
Adik Piji dengan kamera handphone nya
Beberapa siri gambar deretan kedai di sepanjang Pantai Chenang turut dirakamkan
Kelihatan juga chalet yang indah di tepian Pantai Chenang
Casa Del Hilton di tepian Pantai Chenang
Beginilah keindahan di tepian Pantai Chenang
Lagi keindahan suasana di tepian pantai Bergambar di hadapan pintu masuk Kota Mahsuri
Dhafir bergambar sebelum kami masuk ke Pameran di Makam Mahsuri
Lagi posing menarik daripada Dhafir Amri
Pemandangan menraik daripada kawasan Makam Mahsuri, terbentang sawah padi nan menghijau
Amboi comelnya Dhafir!!
Kumpulan Cak Lempong bermain sambil diperhatikan oleh Danish dan Dhafir
Lagi kemahiran bermain alatan muzik tradisional ditonjolkan
Danish & Dhafir masih lagi leka
Seisi keluarga bergambar di hadapan Makam Mahsuri
Beginilah keadaannya Makam Mahsuri pada hari ini
Terdapat juga beberapa spesis haiwan yang disediakan untuk tontonan umum

Adik Piji melayani karenah Danish
Burung Helang
Burung Merak
Danish memerhatikan Burung Merak
Aksi Danish dan Dhafir memalu rebana
Di hadapan telaga Mahsuri. Hafiz selepas menyapu air tersebut di wajahnya, kelihatan beransur-ansur keputihan!
Danish menunggu giliran untuk menyapu air telaga ke wajahnya pula
Lagi Kumpulan Pemain Alatan Tradisional membuat persembahan Persembahan dibuat atas permintaan kami demi menghiburkan Danish & Dhafir
Dhafir terus leka memerhatikan
Dhafir tidak berganjak dari tempat duduknya Danish dan Dhafir di atas pelana Kereta Lembu Suasana ketika kembali semula di Pekan Kuah untuk membeli belah pula
Hafiz bersama dua orang anak buahnya
Danish & Dhafir bergaya dengan cermin mata masing-masing
Aksi Dhafir yang semakin neutral di hadapan kamera
Lagi aksi comel daripada Dhafir
Dhafir berposing ketika orang lain sedang sibuk membeli belah di Pekan Kuah
Danish bergambar di Dataran Helang
Adik Piji bergambar di hadapan 'Helang' yang menjadi mercutanda
Danish bergambar bersama Pak Dik nya di Dataran Helang
Lihatlah wajah yang kepenatan setelah sehari suntuk berjalan
Gambar dirakamkan di Dataran Helang dari sudut yang berbeza
Suasana makan petang di Restoran Mamak di Pusat Membeli Belah di Jeti Langkawi
Makan petang terakhir sebelum berangkat pulang ke rumah Hafiz di Kangar, Perlis.


Begitulah gambaran perjalanan kami ketika di Langkawi. Setibanya di Perlis, memandangkan terdapat urusan penting yang perlu diselesaikan di kediaman Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam, maka kami telah mengambil keputusan berangkat pulang pada keesokan paginya iaitu pada jam 3.00 pagi. Dan Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di Shah Alam pada jam 9.00 pagi.




Sesungguhnya ini merupakan perjalanan yang tidak mungkin dapat kami lupakan. Sekian.

Disediakan oleh : Syamsul (Acoy)

Tiada ulasan: