Isnin, 14 Mei 2012

Repair Basikal Danish & Dhafir


Pada 12 Mei 2012 suami saya telah membawa basikal-basikal anak-anak saya yang telah pancit dan rosak untuk dibaiki semula. Suami saya telah membawa basikal-basikal berkenaan ke Kedai Sikamat Bicycle. Basikal Danish kena tukar tiub depan dan belakang, Manakala basikal Dhafir pulak repai tukar tiub depan dan belakang dan juga tukar tayar sekali di depan sebab rosak.

Masa pergi repair ni si Danish, Dhafir dan Dzaqwan pun turut ikut sama. So, si Dzaqwan pun tanya kat Abah dia, "Abah basikal adik mana?". Tak pasal-pasal kena jugaklah suami saya belikan basikal baru untuk si Dzaqwan.

Kerja-kerja me'repair' basikal DanishDhafir bermula
Sedang memasang tiub baru untuk basikal Dhafir
Danish duduk di atas basikalnya yang telah siap diperbaiki
Dhafir memerhatikan basikalnya yang sedang diperbaiki
Dzaqwan bergaya dengan "basikal barunya"
Dzaqwan ceria
Test power di luar kawasan rumah
Try kat dalam rumah pulak !

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: