Ahad, 6 Mei 2012

Jom Kita Tengok Cerita "The Avengers"


Pada 2 Mei 2012 yang lalu, saya bersama suami dan anak-anak telah berpeluang menonton di pawagam cerita terbaru iaitu cerita "The Avengers". Kebetulan pula, kami dah lama tidak menyaksikan wayang gambar, kami pun pergilah menonton filem terbaru di Pawagam MBO di Terminal 2, Seremban.

Kami telah memilih filem "The Avengers". Di dalam filem ini menyaksikan gabungan watak-watak hero utama di US iaitu The Iron Man, Thor, Captain America dan The Incredible Hulk.

Filem ni mulanya agak slow sikit, Tapi bila mula je hero ni sama-sama berlawan menentang musuh, barulah cerita ni 'nampak' happening sikit. Apa pun okeylah cerita ni.

Watak-watak hero di dalam cerita "The Avengers"
Watak Incredible Hulk yang mencuri tumpuan dengan keselambaan dan lucu
Salah satu babak di mana kesemua kesatria bergabung menentang musuh
Iron Man dan Captain America
Dari kiri; Danish Amri, Dzaqwan Amri dan Dhafir Amri
Lagi posing istimewa daripada anak-anak kami


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: